CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2888|Reply: 33

Bayi 2 Bulan Maut Di Taska: Enam Individu Dipanggil Bantu Siasatan Kematian Qaseh Aulia

[Copy link]
Post time 17-10-2023 04:35 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Susulan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selasa lalu, seramai enam individu dipanggil bagi membantu siasatan.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya kini masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca kematian bayi itu.


Foto: IG




“Setakat ini enam saksi telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.


“Kita masih menunggu laporan bedah siasat (daripada pihak hospital),” katanya ketika dihubungi hari ini.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang pengasuh wanita ditahan polis bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan berusia dua bulan di sebuah taska di Kota Damansara, di sini, Selasa lalu.


Mohamad Fakhrudin dilaporkan berkata, wanita warga asing berusia 40-an ditahan yang berkahwin dengan warga tempatan itu dibebaskan dengan jaminan polis.




  



Sementara itu, ibu bayi perempuan tersebut menerusi sebuah video di Instagramnya @asharosli mendedahkan berkenaan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) keadaan anaknya sebelum didapati meninggal dunia dipercayai kecuaian pengasuh.


Dakwanya, kejadian malang itu terjadi pada hari kedua puteri keduanya, Qaseh Aulia yang berusia dua bulan, dihantar ke sebuah taska di Seksyen 6, Kota Damansara, di sini, 10 September lalu.


  



Dia mendakwa, anak perempuannya itu tidak sedarkan diri dipercayai berpunca kesukaran bernafas kerana dibiarkan dalam keadaan meniarap tanpa pengawasan selama sejam. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2023 04:39 PM | Show all posts
tak faham, knp baby 2 bulan kena menerap/ di terapkan tanpa pengawasan ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 17-10-2023 04:39 PM
tak faham, knp baby 2 bulan kena menerap/ di terapkan tanpa pengawasan ?

Selama pembacaan iols kunun supaya dia tidur nyenyak.
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Takziah
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-10-2023 05:01 PM
Selama pembacaan iols kunun supaya dia tidur nyenyak.

Nyenyak terus x bamgun,

Sedeh nya tgk kt ig mak baby ni, comel mcm tidur ja mayatnya...

Ni mmg cuai, pengasuh buat apa sampai sejam? Mmg dia lupa terus baby dlm jagaan sbb br 2 hari kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2023 07:12 PM | Show all posts
Ni bukan lupa ni jenis manusia bangsat takde tanggungjawab takde kasih sayang, keja nak senang dibedungnya baby bagi meniarap supaya tido berpanjqngan so dorg tak payah jaga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 04:51 AM From the mobile phone | Show all posts
manehnya replied at 17-10-2023 07:07 PM
Nyenyak terus x bamgun,

Sedeh nya tgk kt ig mak baby ni, comel mcm tidur ja mayatnya...

Kuang hajo kan. Terus xbangun budak tu. Eih xdpt byg klu aku yg diuji. Maunya bg penampar sedas dua dulu kut mcm yg jadi dkt csabah tu ari
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 08:17 AM | Show all posts
indon mmg buat gitu kot, bibik aku dlu tidokan baby mcm tu jgk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 08:25 AM | Show all posts
penat mak preknen 9 bln, berpantang 2 bulan...belum cerita kesakitan melahirkan. tgk2 anak passed away di tangan pengasuh cuai. sedihnya ...nasib la saya anak2 dh besar2 masa kecik duduk dgn bibik indon, ada juga kejadian jatuh katil etc kerana kecuaian bibik tp Alhamdulillah tak de apa yg serious. Semoga anak2 kita dilindungi di mana jua berada dan pd usia berapa pun
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 09:39 AM | Show all posts
taska ni aku lalu almost hari2 masa naik bas..
dia area belakang balai traffic sek 6..
google review pon ramai dah kecam berjemaah bagi komen kaw kaw..

kesian gila kot.. baru 2 days hantar.. harap keadlilan utk mereka sekeluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:36 AM | Show all posts
Ya Allah.. sedihnya.. moga Allah Swt kuat kn semangat pasangan ini.. bby menyarap nie mmg doctor suh.. tp kita kna ada tgk.. x semua bby selesa..
O/T  tingat aku masa adik aku lahirkn ank dia.. aku tgk doctor pegang sebelah tgn jer.. then aku bersuara.. doctor tu ckp nie cara btl pegang.. jgn risau.. then aku ckp blk.. ank buah saya jgn buat mcmtu.. bengang jer doctor ngn aku.. ye la.. ko x seram.. sambil sebelah tgn pegang bby.. sebelah tgn turun naik bercakap ngn misi.. eeeeiii klau terjatuh bby.. cmana..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:52 AM | Show all posts
cikatilia replied at 18-10-2023 09:39 AM
taska ni aku lalu almost hari2 masa naik bas..
dia area belakang balai traffic sek 6..
google review ...

taska juara ke sis..sbb mak nya x reveal nama
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 10:54 AM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 18-10-2023 10:52 AM
taska juara ke sis..sbb mak nya x reveal nama

ye betul weh... warna biru ada tingkap kaca bentuk diamond.

ada org spill dekat fb.. dia amik gambar tepi taska tu sebab ada kes eksiden..
then dia kata taska tu kena sita bila dia lalu sambil repost post lama dia.


try ar google tgk komen2.. fb page pon
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:16 AM | Show all posts
cikatilia replied at 18-10-2023 10:54 AM
ye betul weh... warna biru ada tingkap kaca bentuk diamond.

ada org spill dekat fb.. dia amik gamb ...

haah br baca komen kt fp page dia td..ingatkan taska yg ada teacher dan berdaftar..rupanya pengasuh warga asing ye
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:19 AM | Show all posts
Apa nama taska durjana ni cuolls.. bole meolls singgah jap bagi komen
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 11:38 AM | Show all posts
cikatilia replied at 18-10-2023 09:39 AM
taska ni aku lalu almost hari2 masa naik bas..
dia area belakang balai traffic sek 6..
google review ...

terus i google. memang orang kaw2 la bagi review teruk.
terpikir anak asuhan yang sedia ada, makpak diorg hantar lagi tak anak kat situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 12:11 PM | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 18-10-2023 11:16 AM
haah br baca komen kt fp page dia td..ingatkan taska yg ada teacher dan berdaftar..rupanya pengasu ...

beria kan dgn poster sana sini..

rupa2nya nanhado berdaftar nya ponn
nanti lah besok aku nak lalu sana tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
darkness replied at 17-10-2023 05:01 PM
Selama pembacaan iols kunun supaya dia tidur nyenyak.

anak2 iols dulu mmg tidur nyenyak bila meniarap..tp bukan lah dgn berbedung..i xpnh bedung anak2 iols ms baby..lepas keluar spital terus pakai rompers je..skrg pun anak i yg umur 2thn masih tido meniarap..sb dgn cara tu je dia selesa kot..tp xde bedong2 lah..dia sdiri yg tertonggeng mcm kedudukan dlm perut tu..

tp baby ni mmg mcm tujuan nk membunuh je..da la bedung..bg tiarap plk
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:16 PM | Show all posts
t_hahahaha replied at 18-10-2023 11:38 AM
terus i google. memang orang kaw2 la bagi review teruk.
terpikir anak asuhan yang sedia ada, makpa ...

kalau terdesak mmg kesian..
susah nak cuti and sapa nak jaga anak kan??
kalau ada sedara mara / nenek ke  dekat2 bole le park kejap.. ni kalau xde.. plak tu xde kenalan rapat yg ada kawasan berhampiran..
mmg terpaksala..

and aku wonder taska2 keliling tu sama jugak ke?? berdaftar ke?? rasanya parents yg send anak ke taska kena check.. utk kebaikan anak tu jugak le kan.. tsk tsk

aku harap mmg tutup kekal la tmpt tu.. jgn bagi depa operate lagi. tp mmg kesian utk parents2 yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 12:53 PM | Show all posts
SOP taska ni kena perhalusi..
mana boleh tinggalkan baby sampai sejam.. even budak tu tido..
kat taska anak aku.. dalam bilik baby ada 2 cikgu..
sekurang2nya salah sorang kena ada sepanjang masa..
nk solat ke toilet ke apa.. kena gilir2..
dorang memang jaga dari baby 2 bln lagi.
bila yg umur 2 bln setahun.. baru ambil baby baru.
memang itula baby dorang mengadap dari pagi smpai petang

kat taska biasanya baby tak tido dlm buai ke apa.. biasa letak atas tilam aje..
and mesti ada jadual aktiviti..
tummy time ke.. makan.. mandi..
so mmg takdela nk tinggalkan berjam2
kesian anak orang wehhh..
kau biar dia berbedung tido.. pastu kau biar..
kalau nk tidokan anak meniarap sekalipon.. jangan bedung..
barula bole bentuk kekuatan tangan n leher dia untuk angkat2 kepala..
pandai dia pusing kepala nanti
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 09:35 AM GMT+8 , Processed in 0.053301 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list