View: 3786|Reply: 0
|
Pan-gon buktikan ada apa pada ranking
[Copy link]
|
|
REAKSI Pan-gon ketika bertemu India. FOTO AIZUDDIN SAAD
Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon berjaya membuktikan bahawa ranking dunia hanyalah nombor namun bukanlah menggambarkan keseluruhan prestasi pasukan apabila bertemu lawan lebih hebat.
Pan-gon berkata, skuad Harimau Malaya berada di kedudukan 134 dunia namun mampu menumbangkan pasukan di ranking lebih baik sekali gus memberi isyarat jelas bahawa prestasi Malaysia semakin meningkat.
"Setiap perlawanan kita tidak boleh cepat berpuas hati. Seperti perlawanan sebelum ini berjaya menjaringkan empat gol cantik ketika menentang India yang berada di kedudukan 102 dunia.
"Hanya melepaskan dua gol dengan kedudukan kita 134 dunia sudah tentu secara keseluruhan saya berpuas hati dengan prestasi Harimau Malaya.
"Saya mengambil perkara positif dan negatif untuk setiap perlawanan seterusnya memperbetulkan kelemahan itu. Selepas ini, kita akan lawan Tajikistan yang berada di ranking 111 dunia dan berharap dapat capai keputusan positif," katanya.
Sebelum itu, skuad Harimau Malaya berjaya menempah slot final Pestabola Merdeka 2023 selepas menundukkan India 4-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Jumaat lalu.
Jurulatih berasal dari Korea Selatan itu berkata, beliau melakukan beberapa perubahan taktikal pada setiap perlawanan termasuklah meletakkan tiga pemain di bahagian serangan pada aksi menentang India, baru-baru ini.
"Kita menukar modul perlawanan setiap masa. Saya mahu menggunakan kekuatan yang kita ada dan Malaysia mempunyai pemain laju.
"Perlawanan menentang India, kita meletakkan tiga pemain di bahagian serangan dan saya positif untuk perkara itu terutamanya pada separuh masa pertama kerana boleh mencipta lima atau enam gol lagi.
"Sudah tentu ada risiko namun kita memerlukan kekuatan fizikal dan keupayaan optimum pemain kerana setiap perkara dikira supaya mampu mencipta keputusan positif," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... da-apa-pada-ranking |
|
|
|
|
|
|
| |
|