CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3751|Reply: 0

Tommy tuntut Adisak lebih tajam buru gol

[Copy link]
Post time 15-10-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode

ADISAK Kraisorn (kanan) dituntut lebih tajam depan gol. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner menuntut penyerangnya, Adisak Kraisorn agar lebih tajam untuk memburu gol apabila pasukannya bakal berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 21 Oktober ini.

Jelas pengendali kelahiran Croatia yang lebih mesra dipanggil 'Tommy', beliau mahu pemain kebangsaan Thailand itu dapat membuktikan kemampuan sebenarnya sebagai penyerang tulen terutama selepas baharu pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialaminya.

Katanya, penyerang berusia 32 tahun yang memakai jersi bernombor sembilan juga perlu memanfaatkan peluang pada aksi separuh akhir pertama di tempat lawan sebelum perlawanan kedua pada 3 November di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.

Berdasarkan rekod, penyerang tersohor negara Gajah Perang itu kini baharu menjaringkan tiga gol bersama skuad Penyu daripada 15 perlawanan sekali gus menyaksikan peminat setia skuad itu tidak begitu berpuas hati kerana dia berjaya merekod 21 jaringan sepanjang 56 penampilan bersama skuad kebangsaan negaranya.

Bagaimanapun faktor rehat yang panjang iaitu lebih sebulan kerana mengalami kecederaan bahagian pinggang jelas menjadi punca prestasi bekas pemain kelab Port FC dalam Liga Thailand itu sedikit menurun terutama ketika berdepan kelab Indonesia, Bali United pada aksi kedua Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 4 Oktober lalu.

"Saya percaya Adisak kini begitu fokus untuk memburu jaringan selepas sekian lama berehat akibat kecederaan yang dialaminya dan sudah pasti dia memerlukan sedikit masa untuk kembali bertenaga.

"Ia adalah berita yang baik buat kami lebih-lebih lagi kami memerlukan kemenangan dalam aksi separuh akhir Piala Malaysia bagi melangkah ke pentas final selain baki saingan Liga Super dan Piala AFC.

"Apa yang kami harapkan dia (Adisak) perlu membuktikan kemampuannya setiap kali diturunkan selain mengambil peluang kerana dia adalah penyerang yang bagus.

"Namun saya tidak mahu memberikan tekanan kepada pemain itu, saya tidak kisah siapa yang menjaringkan gol asalkan pasukan TFC mara ke pentas final Piala Malaysia musim ini selepas terkandas di peringkat separuh akhir musim lalu kepada Selangor FC," katanya.

Selain Adisak, skuad Penyu mempunyai dua lagi penyerang import iaitu Ivan Mamut dari Croatia dan penyerang kelahiran Ghana, Jordan Mintah selain penyerang tempatan meningkat naik iaitu Engku Muhammad Nur Shakir Engku Yacob dan Muhammad Syahmi Zamri.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ebih-tajam-buru-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 05:16 PM GMT+8 , Processed in 0.760959 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list