CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4542|Reply: 0

[Perak] Tukang kebun ditahan dipercayai bunuh pengawal sekolah

[Copy link]
Post time 15-10-2023 11:26 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan.

Ipoh: Pengawal keselamatan sebuah sekolah di Bandar Seri Botani di sini, maut dipercayai dibunuh tukang kebun sekolah sama, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, pihaknya dimaklum kejadian pada 3.34 pagi dengan mangsa berusia 43 tahun ditemui tidak sedarkan diri, bersandar di dinding pondok pengawal sekolah itu.

Katanya, susulan kejadian suspek lelaki berusia 55 tahun ditahan dan permohonan reman akan dibuat hari ini.

"Siasatan awal mendapati, suspek dipercayai membunuh mangsa kerana marah apabila mangsa enggan membantu apabila diminta untuk membuat persiapan program sekolah.

"Tangkapan dibuat dan polis berjaya merampas senjata yang digunakan suspek.

"Keputusan bedah siasat mangsa menunjukkan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian abdomen," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uh-pengawal-sekolah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.062545 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list