View: 3021|Reply: 0
|
Jutawan Qatar tarik diri beli Man United
[Copy link]
|
|
UNITED masih kekal milik keluarga Glazer. FOTO AFP
Manchester: Ahli bank Qatar, Sheikh Jassim Hamad Al Thani menarik semula tawaran untuk membeli Manchester United, sumber terdekat dengan perjanjian itu memberitahu AFP, hari ini.
Hampir setahun yang lalu, United mengumumkan sedang meneroka 'alternatif strategik untuk meningkatkan pertumbuhan kelab' dan penjualan penuh kelab itu adalah salah satu pilihannya.
Sheikh Jassim dan jutawan Britain, Jim Ratcliffe bersaing dengan melakukan beberapa bidaan awal tahun ini, tetapi proses itu terhenti sejak beberapa bulan kebelakangan ini sekali gus mencetuskan kemarahan penyokong terhadap pemilik semasa, keluarga Glazer.
Daily Mail melaporkan bahawa Ratcliffe kini bersedia untuk mendapatkan 25 peratus kepentingan dalam kelab itu dengan nilai sekitar £1.5 bilion (RM8.5 bilion).
Keluarga Glazer yang memiliki kelab gergasi Inggeris itu sejak 2005 dengan nilai £790 juta (RM4.5 bilion), membebankan kelab itu dengan hutang yang tinggi.
Angka pada Mac lalu menunjukkan hutang United kini meningkat kepada £970 juta (RM5.5 bilion).
Tawaran Sheikh Jassim adalah mahu mengawal sepenuhnya United dan berjanji untuk menjelaskan pinjaman kelab itu.
Perbincangan lanjut minggu ini gagal walaupun tawaran bidaan bertambah baik dipercayai sekitar £5 bilion (RM28.6 bilion).
Sebaliknya, Ratcliffe dilaporkan bersedia membeli kepentingan yang lebih kecil untuk memecahkan kebuntuan harga £6 bilion (RM34.3 bilion) yang diminta keluarga Glazer.
Pengasas petrokimia Ineos, Ratcliffe adalah peminat United sejak zaman kanak-kanak dan sudah mempunyai portfolio pelaburan dalam sukan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iri-beli-man-united |
|
|
|
|
|
|
| |
|