View: 2919|Reply: 0
|
TMJ tawar Stadium Sultan Ibrahim buat Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
PERTAHANAN Malaysia, Corbin Ong (kanan) seperti 'bermain lompat jauh' ketika cuba menyelamatkan gawang Malaysia menentang India pada aksi Pestabola Merdeka di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi. - GAMBAR: FARIZ RUSADIO
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menawarkan gelanggang keramat Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, Johor untuk digunakan oleh Harimau Malaya.
Ia susulan isu keadaan serta kualiti rumput baharu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dilihat tercabut dan ‘terkopak’ di beberapa bahagian ketika Harimau Malaya turun menentang India pada Pestabola Merdeka semalam.
Pengadil dan pemain kedua-dua pasukan terpaksa ‘memperkemaskan’ semula kedudukan rumput yang tercabut itu yang sedikit sebanyak menjejaskan permainan walaupun aksi itu berjaya dimenangi Harimau Malaya dengan keputusan 4-2.
“Ini adalah produk yang terbukti. Tetapi kena jaga betul-betul. Tiada beza. Rumput sama, kontraktor sama.
“Beza dia di SBNJ tak ada TMJ di situ, itu sahaja. @FAM_Malaysia (Persatuan Bola Sepak Malaysia) kalau nak pakai SSI cakap, saya siapkan,” menurut kenyataan TMJ di laman Twitter peribadinya.
Tunku Ismail juga tidak terkejut perkara itu akan berlaku kerana baginda sudah memaklumkan perkara itu semasa majlis penyerahan padang baharu SNBJ menggunakan rumput Zeon Zoysia menggantikan jenis cowgrass digunakan sebelum ini.
“Semalam (kelmarin) semasa majlis penyerahan padang saya cakap kepada semua yang padang ini perlu lebih masa kerana akar dia belum kuat.
“Saya juga sampaikan kepada semua yang berada di situ yang padang tersebut akan terkopak esok (semalam) semasa perlawanan,” jelas baginda.
Harimau Malaya dijadualkan bermain satu lagi perlawanan Pestabola Merdeka menentang Tajikistan pada Selasa ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... uat-harimau-malaya/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|