View: 2844|Reply: 0
|
Euro 2024: Sepanyol tangguh hasrat Scotland
[Copy link]
|
|
SEPANYOL berjaya membalas kekalahan mereka kepada Scotland pada aksi pertama lalu apabila meraih kemenangan di laman sendiri awal pagi semalam. - AFP
SEVILLA – Scotland terpaksa menangguhkan hasratnya untuk mengesahkan slot ke pusingan akhir Euro 2024 apabila tewas 2-0 kepada Sepanyol pada pusingan kelayakan Kumpulan A, awal pagi semalam.
Bagaimanapun La Roja terpaksa menanti sehingga 20 minit terakhir untuk menghasilkan jaringan penting menerusi Alvaro Morata dan Oihan Sancet namun Scotland masih lagi kekal sebagai pendahulu kumpulan dengan 15 mata.
“Ia menjadi perlawanan yang sukar dan pada akhirnya kami masih mampu mendapatkan tiga mata. Sudah pasti kami perlu berasa gembira dengan kemenangan ini.
“Scotland bertahan dengan baik malah mereka juga cukup bahaya ketika situasi serangan balas. Apabila mereka ada semangat seperti ini, sudah pasti mereka adalah pasukan yang cukup bagus,” kata Morata.
Kemenangan ini juga melebarkan rekod kemenangan Sepanyol di gelanggang sendiri iaitu 25 perlawanan sejak 2003.
“Situasi sukar yang seakan tidak berpihak kepada kami. Kami terima tamparan apabila kehilangan Andy Robertson dan walaupun kami terus bersatu mereka tetap berjaya menjaringkan gol,” kata pemain tengah Scotland, John McGinn.
Awal pagi Isnin ini, La Roja yang kini berada di tangga kedua Kumpulan A akan berdepan satu lagi tugasan mencabar, menentang Norway di gelanggang lawan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... uh-hasrat-scotland/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|