CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 715|Reply: 0

[Perlis] Lelaki pecah amanah RM8 juta, ditahan selepas enam minggu diburu

[Copy link]
Post time 12-10-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

Polis membawa keluar suspek dari Kompleks Mahkamah Kangar yang dikehendaki polis berhubung kes pecah amanah sebanyak RM8 juta membabitkan penjualan tanah. -Foto NSTP Aizat Sharif

KANGAR: Seorang lelaki direman lima hari sehingga 16 Oktober ini bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah dan pemalsuan dokumen membabitkan kerugian hampir RM8 juta sejak 2018.

Suspek berusia 47 tahun itu yang dipercayai bekerja sebagai nelayan itu ditahan petang semalan di Alor Setar, selepas enam minggu diburu polis berhubung kes berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata penahanan suspek dilakukan selepas pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang pelabur warga asing yang mendakwa kerugian hampir RM8 juta selepas diperdaya rakan niaganya di negara ini, pada 26 Ogos lalu.

"Mangsa mendakwa rakan niaganya dilantik sebagai pengarah syarikat bagi perniagaan pengilangan memproses serbuk ikan dan vitamin bagi pasaran tempatan serta luar negara yang beralamat di Kuala Perlis," katanya ketika dihubungi hari ini.



Katanya, siasatan mendapati kejadian bermula sejak 2018 hingga 2020 yang mana suspek mengambil kesempatan ketika sekatan perjalanan dikuatkuasakan sewaktu penularan pandemik COVID-19 melanda dunia.

"Suspek disyaki melakukan jenayah pecah amanah dan pemalsuan dokumen terhadap syarikat dengan menjual empat lot tanah milik syarikat mereka di Kuala Perlis kepada pihak ketiga.

"Perbuatan berkenaan dilakukan tanpa pengetahuan mangsa yang berada negara asalnya pada kejadian mengakibatkan anggaran kerugian sebanyak RM8 juta," katanya.

Beliau berkata, polis melancarkan operasi 'Ops Pekaka' bagi mengesan kesemua suspek termasuk peguam dan pembeli yang dipercayai berada di beberapa negeri di utara tanah air dan sekitar Lembah Klang.

"Polis percaya mereka turut diperdaya suspek dan mengambil langkah awal dengan menyekat urusan diteruskan dengan memasukkan 'kaveat' atau pencegahan pendaftaran transaksi mengikut Kanun Tanah Negara (NLC) ke atas kesemua tanah milik syarikat mangsa.

"Suspek direman dua hari sehingga hari ini sebelum dibebaskan dengan jaminan polis, pada masa sama kita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga tempatan bernama Yong Kok Wah yang juga suspek utama dalam kes ini.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 409/471 Kanun Keseksaan kerana pemalsuan dokumen dan pecah amanah," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -enam-minggu-diburu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.490004 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list