CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 486|Reply: 1

[Pulau Pinang] Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:19 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki parah ditikam di Georgetown disyaki angkara hutang


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Oktober 11, 2023 @ 9:58pm [email protected]




GEORGETOWN: Seorang lelaki parah selepas dipercayai ditikam dengan senjata tajam oleh seorang peniaga nasi ayam dalam pergaduhan di pasar awam Lebuh Cecil di sini, petang tadi.

Mangsa berusia 26 tahun yang cedera di muka, kaki dan perut itu kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut. Dia kini berada dalam keadaan stabil.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 3 petang.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, mangsa yang juga warga tempatan didapati cedera dan berlumuran darah akibat ditikam dengan senjata tajam.

"Suspek berusia 51 tahun berjaya ditahan pada jam 6.30 petang di kawasan Lebuh Macullum.

"Hasil siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan masalah berkaitan hutang," katanya dalam satu kenyataan di sini, petang tadi.

Soffian berkata pemeriksaan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan dadah manakala ujian saringan air kencing didapati negatif daripada bahan terlarang itu.

Katanya, permohonan reman akan dibuat ke atas suspek bagi siasatan lanjut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah menggunakan senjata.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat di talian 04-2181831 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.




Anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian pergaduhan yang menyaksikan seorang parah ditikam di sebuah pasar awam di Lebuh Cecil, Georgetown petang tadi. - Foto NSTP/Mikail Ong








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-10-2023 11:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.156696 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list