CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3058|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kapal kargo Amerika ditahan tiada kebenaran bersauh

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Kapal kargo Amerika ditahan tiada kebenaran bersauh

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  10 Oktober 2023    04:08pm







Kapal kargo dari Amerika Selatan ditahan kerana tidak mempunyai kebenaran bersauh di Muka Head, Pulau Pinang.




GEORGE TOWN - Sebuah kapal kargo dari Panama, Amerika Selatan ditahan oleh sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang kerana dipercayai tidak mempunyai kebenaran untuk bersauh di Muka Head, di sini.

Pemangku Pengarah Maritim Pulau Pinang, Komander Maritim S Nak Rong berkata, kapal MV Wisdom Grace ditahan pada kedudukan 17 batu nautika barat Muka Head pada jam 4.50 petang Isnin.


"Pusat operasi Maritim Pulau Pinang telah menerima maklumat daripada Jabatan Laut Pulau Pinang berkenaan kapal yang tidak mempunyai kebenaran untuk bersauh di posisi berkenaan.

"Oleh itu, kita mengarahkan Kapal Maritim (KM) Sikuati yang berada dalam perintah operasi untuk melakukan rutin pemeriksaan dan penggeledahan ke atas kapal kargo berkenaan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.


Kata beliau, pemeriksaan mendapati 19 kru termasuk kapten kapal warga China berada di atas kapal kontena tersebut.

"Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 27 hingga 54 tahun. Hasil pemeriksaan mendapati kapal itu disyaki melakukan kesalahan berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia.


"Kapal MB Wisdom Grace bersama kru kemudian ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 iaitu berlabuh tanpa kebenaran Ketua Pengarah Jabatan Laut Malaysia," ujarnya lagi.

Tambahnya, Maritim Pulau Pinang menghargai semua bentuk aduan oleh agensi kerajaan serta komuniti nelayan terhadap maklumat yang disalurkan bagi menguatkuasakan undang-undang di perairan Malaysia.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 6.144628 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list