CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2958|Reply: 0

[Kedah] Premis seleweng minyak diesel subsidi diserbu sekali lagi

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:08 PM | Show all posts |Read mode

ZAIDY Che Hassan (kiri) menunjukkan gambar serbuan melibatkan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang dirampas di sebuah premis di Kawasan Perindustrian MIEL, Bukit Makmur pada sidang akhbar di IPD Kuala Muda, Sungai Petani.


SUNGAI PETANI: Tak pernah serik. Itu yang berlaku apabila sebuah gudang yang dijadikan hab transit menyeludup minyak diesel bersubsidi diserbu kali kedua oleh pihak berkuasa di Kawasan Perindustrian MIEL, Bukit Makmur, kira-kira 1 petang semalam.

Serbuan berjaya menemukan 74,600 liter minyak diesel bernilai RM162,628; dua treler; lapan buah lori satu hingga tiga tan; dua tangki berkapasiti 20,000 liter dan pelbagai peralatan menyedut dan memunggah minyak.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, 13 individu berumur antara 35 hingga 49 tahun yang terdiri daripada 10 lelaki tempatan termasuk pemilik premis dan tiga lelaki warga Myanmar turut ditahan.

“Serbuan hasil risikan Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda beberapa hari lalu selepas mendapati sindiket itu membeli minyak diesel bersubsidi di beberapa buah stesen minyak di daerah ini dalam tempoh 24 jam.

“Mereka menggunakan lori satu tan dan tiga tan yang diubah suai ketika membuat belian sebelum kembali ke premis berkenaan untuk memindahkan minyak ke dalam tangki yang disediakan,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Kuala Muda, hari ini.

Zaidy berkata, minyak diesel itu kemudiannya akan diisi ke dalam dua buah treler sebelum dijual ke beberapa stor minyak yang bersempadan dengan Thailand.

“Kita percaya sindiket ini telah beroperasi lebih lima bulan lalu dan semakan mendapati premis ini pernah diserbu sebelum ini.

“Kesemua diesel, kenderaan dan peralatan bernilai RM459,628 yang dirampas telah disita oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Katanya, sembilan individu yang ditahan telah diberikan jaminan polis manakala pemilik premis dan tiga warga Myanmar direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. –UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... iserbu-sekali-lagi/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 06:59 PM GMT+8 , Processed in 0.537310 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list