CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2460|Reply: 0

[Johor] Penjual rugi RM10,000, gerai buah ‘diserbu’ gajah

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:42 PM | Show all posts |Read mode

MOHD. ALAWI OSMAN menyusun buah-buahan di gerainya di Simpang Perani, Kota Tinggi.



KOTA TINGGI: Seorang penjual buah-buahan di Simpang Perani, di sini mengalami kerugian kira-kira RM10,000 apabila gerainya ‘diserbu’ pelanggan tanpa diundang, iaitu gajah liar, awal pagi kelmarin.

Mohd. Alawi Osman, 39, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1 pagi dan dia dimaklumkan pekerjanya sebanyak tiga ekor gajah liar  datang lalu merosak dan memakan stok buah-buahan yang terdapat di gerainya.

“Di sini kami menjual  30 jenis buah-buahan. Banyak buah termasuk tembikai sebanyak satu tan telah dirosak dan dimakan, hanya tinggal tujuh biji  yang baik termasuk buah-buahan lain.

“Sebanyak 100 peratus buah-buahan yang kami jual habis dirosak dan dimakan. Saya baru sahaja dapatkan bekalan baru, tak ada yang dapat diselamatkan.

“Ini adalah kejadian kedua yang melibatkan kerugian. Pertama kali berlaku hanya libatkan kerosakan khemah beberapa tahun lepas, melibatkan anggaran kerugian antara RM3,000 ke RM4,000,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Mohd. Alawi yang telah berniaga kira-kira 10 tahun di situ menganggarkan terdapat kira-kira empat kumpulan dengan jumlah 30 ekor gajah liar yang sering muncul terutamanya apabila cuaca sejuk.

“Terbaru malam tadi ada seekor gajah datang, namun kita halau menggunakan mercun dan ia lari.

“Memang kami tidur di gerai pada waktu dan akan bakar tayar untuk elakkan gajah-gajah ini menghidu bau buah-buahan yang ada di sini,” katanya.

Dia berharap isu gajah liar itu akan dapat diatasi apatah lagi pernah berlaku kes kematian akibat dipijak gajah di lokasi kira-kira 500 meter dari gerainya beberapa tahun lalu. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... buah-diserbu-gajah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.074783 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list