CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2095|Reply: 0

[Johor] Judi: 33 premis di Kluang dipotong bekalan elektrik

[Copy link]
Post time 10-10-2023 02:39 PM | Show all posts |Read mode

BAHRIN MOHD. NOH (kanan) melihat operasi pemotongan bekalan elektrik ke atas sebuah premis yang disyaki menyediakan perkhidmatan perjudian nombor ekor haram di Taman Muhibbah, Kluang.




KLUANG: Sebanyak 33 buah kedai di daerah ini yang disyaki menawarkan perkhidmatan pertaruhan judi dalam talian serta nombor ekor haram dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik hingga bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd  Noh berkata, operasi bersepadu dengan pihak Tenaga Nasional Berha (TNB) itu dilaksanakan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka.

Katanya, tindakan itu dilaksanakan bagi memastikan kegiatan perjudian yang dijalankan tanpa lesen dapat dibersihkan di daerah ini.

“Pada hari ini, sebanyak sembilan buah premis diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik nengikut seksyen serta akta yang sama kerana dipercayai menyediakan perkhidmatan menjual nombor ekor secara haram.

“Pihak akan terus melakukan pemantauan serta risikan terhadap mana-mana premis yang dilaporkan atau dipercayai menyediakan perkhidmatan perjudian bagi mengelak kegiatan terus berleluasa di daerah ini,” katanya selepas menyertai operasi pemotongan bekalan elektrik di sebuah premis di Taman Muhibbah, di sini.

Justeru, beliau berharap orang ramai dapat memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada pihak polis sekiranya terdapat premis yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian di kawasan penempatan masing-masing.

“Pemilik premis juga diingatkan agar tidak berhasrat untuk menjalankan perkhidmatan apa sahaja jenis perjudian kerana pihak polis tidak pernah leka untuk mengambil tindakan kepada mereka yang terus mengingkari ketetapan serta undang-undang,” tegasnya.  – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... g-bekalan-elektrik/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.188302 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list