CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 491|Reply: 0

[Johor] Pengganggur guna gelaran ‘Dato’ Sri’ palsu dijel 2 tahun

[Copy link]
Post time 10-10-2023 11:44 AM | Show all posts |Read mode

IMRAN TOLOT mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran palsu Dato' Sri di Bandar Penawar lima tahun lepas.

KOTA TINGGI – Seorang penganggur dipenjara dua tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan gelaran palsu Dato’ Sri, lima tahun lalu.

Tertuduh, Imran Tolot, 50, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dihadapan Hakim, Hayda Faridzal Abu Hasan.

Mengikut pertuduhan bapa kepada tiga orang anak itu telah menggunakan gelaran Dato’ Sri Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Pahang tanpa menerima sebarang anugerah darjah kebesaran yang membawa gelaran tersebut dari negeri Pahang Darul Makmur bagi maksud perniagaan tanpa kebenaran bertulis daripada Kebawah DYMM Sultan Pahang.

Perbuatan itu dilakukan pada 19 April 2018 kira-kira pukul 11 pagi di Hotel Amansari Bandar Penawar.

Ekoran itu tertuduh didakwa dibawah Seksyen 3(1)(a) Enakmen Lambang, Gelaran Atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 (Enakmen 18) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 3(3) enakmen yang sama dibaca bersama Seksyen 17 akta kesalahan yang berhubungan dengan Anugerah 2017 (Akta 787).

Sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak kurang RM250,000 dan maksimum RM500,000 atau penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahu atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Irsyad Mardi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Imran memohon kepada mahkamah agar memberikan hukuman yang minimum berikutan mempunyai tiga anak yang bersekolah selain menghidap sakit kronik kencing manis juga urat saraf yang boleh menyebabkan lumpuh.

Katanya, dia kini tidak mempunyai duit kerana tidak bekerja dan meminta agar mahkamah tidak mengenakan hukuman denda kerana tidak memiliki wang serta memberikan hukuman penjara minimum.

Sementara itu, Muhammad Irsyad berkata kesalahan dilakukan tertuduh menyalahgunakan gelaran palsu itu telah mencemarkan nama Institusi Kesultanan Pahang jika tidak dicegah kesalahan sama boleh diulang orang lain.

Hayda Faridzal kemudian menetapkan hukuman penjara selama dua tahun bermula tarikh tangkapan.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superintendan Nik Azaham Nik Aziz berkata, lelaki tersebut ditahan pada 4 Oktober lalu selepas dipercayai terlibat dalam menawarkan kontrak membekalkan makanan di Projek Rapid Petronas Pengerang yang tidak wujud. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... alsu-dijel-2-tahun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:56 AM GMT+8 , Processed in 0.089314 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list