View: 374|Reply: 0
|
PJKITA, Spicegals berentap di Final KLWSL
[Copy link]
|
|
Aksi separuh akhir membabitkan pemain pasukan PJKITA dan Setiawangsa. Foto Ihsan PJKITA
Kuala Lumpur : Saingan bola sepak Liga Super Wanita Kuala Lumpur (KLWSL) 2023 menyaksikan PJKITA terpaksa bermandi peluh sebelum menewaskan Setiawangsa Rangers 3-2 selepas masa tambahan dalam aksi separuh akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, Ahad lalu.
Babak pertama menyaksikan Setiawangsa bermula agresif apabila berjaya membuka tirai jaringan menerusi Anjuna Anjani pada minit kelima perlawanan berpunca daripada kegagalan benteng PJKITA menghalang asakan berterusan pasukan lawan.
PJKITA cuba meningkatkan arus serangan selepas itu namun gagal menemui sasaran tamat selepas babak pertama perlawanan.
Namun, masuk babak kedua gol yang ditagih PJKITA akhirnya kunjung tiba di minit ke-57 menerusi sepakan penalti Nur Balqis Zamrin selepas dia dijatuhkan dalam kawasan penalti oleh pertahanan Setiawangsa.
Gol itu memberi keyakinan kepada PJKITA untuk terus menguasai perlawanan dan hasilnya, gol kedua berjaya dijaringkan Malini Nordin minit 59 yang berpunca daripada kealpaan pertahanan Setiawangsa.
Ketika perlawanan seakan berakhir dengan kemenangan PJKITA, Setiawangsa bangkit menyamakan kedudukan menerusi penyerang utamanya, Nur Adriena Zamzaihiri pada minit 82 dan perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.
Kedua-dua pasukan seakan sukar menemui sasaran gol pada masa tambahan namun, ketika perlawanan seakan akan ke penentuan penalti, Nurul Izatti Zainol muncul wira PJKITA dengan gol pada minit ke-100 dan mengesahkan kemaraan pasukannya ke pentas final.
Menanti PJKITA di final pada 15 Oktober adalah Spicegals yang menewaskan Kelantan FA 3-1 dalam satu lagi aksi separuh akhir di venue sama.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ntap-di-final-klwsl |
|
|
|
|
|
|
| |
|