View: 514|Reply: 0
|
[Johor]
Bukan tapak kaki harimau tapi tapir
[Copy link]
|
|

Gambar harimau dan mesej yang tular di media sosial
Johor Bahru: Bukan bekas tapak kaki harimau yang ditemui di kawasan Felda Air Tawar 5 dekat Kota Tinggi, tetapi sebaliknya adalah bekas tapak kaki Tapir.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Johor, Aminuddin Jamin berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu dan siasatan dijalankan di lokasi kejadian yang turut dihadiri pengadu.
"Pengadu menunjukkan kawasan yang didakwa terdapat kehadiran harimau.
"Hasil siasatan mendapati kesan tapak yang didakwa adalah tapak kaki tapir dan tiada bukti jelas menunjukkan kehadiran harimau di kawasan aduan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Menurut Aminuddin, berhubung gambar harimau yang tular di media sosial yang dikaitkan dengan kejadian di Air Tawar 5 pula adalah kejadian yang berlaku di Perak pada Julai lalu.
"Gambar berkenaan berlaku di Perak penghujung Julai lalu. Saya sudah sahkan dengan Pengarah PERHILITAN Perak berhubung gambar ini," katanya.
Sejak semalam, tular pemberitahuan di aplikasi WhatApps dan Facebook berhubung kebimbangan kehadiran harimau di ladang sekitar kawasan Felda Air Tawar 5 di sini.
Menurut pemberitahuan itu juga, kononnya terdapat aduan penemuan tapak kaki harimau dalam jam 1.00 tengahari pada semalam di kawasan ladang peneroka.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -harimau-tapi-tapir |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|