|
LUKEBA (kiri) menggantikan Disasi yang mengalami kecederaan. FOTO AFP
Paris: Pertahanan Chelsea, Axel Disasi, yang disenaraikan oleh jurulatih Perancis, Didier Deschamps sebagai pengganti pemain yang cedera terpaksa menarik diri kerana turut berdepan masalah kecederaan di bahagian paha.
Pemain RB Leipzig, Castello Lukeba, 20, akan mengambil tempat Disasi menjelang aksi kelayakan Euro 2024 menentang Belanda Sabtu ini dan saingan persahabatan bertemu Scotland Rabu depan.
Sebelum ini Disasi dipanggil untuk menggantikan pemain Bayern Munich, Dayot Upamecano yang cedera di bahagian hamstring.
Lukeba yang juga bekas pertahanan Lyon, sebelum ini berlatih di bersama skuad Bawah 21 tahun Perancis kendalian Thierry Henry namun kali ini dia mendapat panggilan kali pertama dengan pasukan senior.
Seorang lagi pertahanan Chelsea, Malo Gusto juga dipanggil menggantikan Jules Kounde yang mengalami kecederaan lutut ketika Barcelona seri 2-2 di Granada dalam La Liga.
Gusto berusia 20 tahun, yang menyertai Chelsea pada Januari dari Lyon, masih belum membuat penampilan sulung antarabangsa di peringkat senior.
Disasi, pemain yang disambar dari Monaco, membuat empat penampilan untuk Perancis.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... agih-khidmat-lukeba |
|