CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 789|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Palsu dokumen kelahiran anak, pesara dan peniaga didenda RM2,000

[Copy link]
Post time 9-10-2023 05:30 PM | Show all posts |Read mode

BOON Siew Kee (kanan) dan Lim Hong Seng didenda RM2,000 kerana memalsukan maklumat sijil kelahiran. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pesara dan peniaga masing-masing didenda RM2,000 selepas mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu kelahiran anak pada 13 tahun lalu.

Boon Siew Kee, 64, dan Lim Hong Seng, 54, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Siew Kee yang juga pesara kerajaan didakwa mengemukakan dokumen palsu untuk permohonan pendaftaran kelahiran menggunakan borang daftar kelahiran/kematian yang didaftarkan atas nama Boo Joyson yang dilahirkan pada Disember 2009 di sebuah hospital swasta dalam daerah ini.

Pada masa sama, sijil kelahiran juga dikeluarkan itu didapati tiada rekod dan perkara itu disahkan pihak hospital swasta.

Kejadian itu berlaku di kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Muar pada 5 Februari 2010 antara jam 8 pagi hingga 5 petang.

Sementara itu, Hong Seng pula juga didakwa atas kesalahan sama dengan kejadian berlaku pada 18 Julai 2022, jam 10.30 pagi.

Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 36 (b) Akta Pendaftaran Kelahiran 1957 (Akta 299) dan boleh dihukum mengikut seksyen sama, denda sebanyak RM2,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa JPN Johor, Noor Aliah Yaacob manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah kemudian mengenakan denda RM2,000 serta boleh dipenjara sehingga 12 bulan jika gagal membayarnya. Mahkamah juga mengarahkan sijil kelahiran dikembalikan kepada JPN.

Mengikut fakta kes, Siew Kee hadir ke JPN Batu Pahat untuk membuat permohonan kad pengenalan atas nama Boo Jayson dengan mengemukakan sijil kelahiran mengandungi maklumat tidak teratur.

Manakala Hong Seng hadir ke JPN Muar untuk permohonan sama atas nama Lim You Fu. Pengesahan kelahiran dari pusat perubatan di Alor Setar, Kedah mendapati tiada rekod ditemui penama terbabit.

Perbuatan kedua-dua tertuduh hanya terbongkar sebelum dirujuk ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN untuk tindakan lanjut.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iaga-didenda-rm2000

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 01:00 AM GMT+8 , Processed in 1.020256 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list