View: 503|Reply: 0
|
Van Dijk kecewa Liverpool gagal raih tiga mata
[Copy link]
|
|
VAN Dijk (kanan) merasakan Liverpool mampu untuk mencatat kemenangan. FOTO Reuters
Brighton: Ketua pasukan Liverpool, Virgil van Dijk kecewa selepas pasukan mereka gagal mengutip tiga mata apabila hanya seri 2-2 ketika berdepan Brighton & Hove Albion dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Kami datang ke sini untuk menang. Saya rasa kami mempunyai peluang untuk berbuat demikian dan akhirnya seri, selepas perlawanan yang sukar. Agak terbuka pada masa-masa tertentu.
"Ia agak sekata tetapi melihat kepada pasukan kami, kami mempunyai peluang untuk menang," katanya.
Ketua pasukan Brighton, Lewis Dunk menjaringkan gol dengan sepakan voli untuk menafikan dua gol daripada Mohamed Salah ketika Seagulls berusaha bangkit dari ketinggalan
Pasukan tuan rumah mendahului pada minit ke-20 apabila Simon Adingra merampas bola daripada bekas pemain tengah Brighton, Alexis Mac Allister dan merembat masuk ke dalam gawang, tetapi Salah menyamakan kedudukan pada minit ke-40, hasil gerakan lancar dan penyudah kaki kiri.
Pemain antarabangsa Mesir itu menghadiahkan gol pendahuluan pasukan pelawat menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan separuh masa pertama selepas Dominik Szoboszlai ditarik oleh Pascal Gross.
Bagaimanapun, Brighton memperoleh gol penyamaan pada minit ke-78 apabila Andy Robertson memutuskan membiarkan sepakan percuma Solli March, sebelum Dunk menyambar bola berkenaan,
"Saya fikir kami adalah pasukan yang lebih baik sepanjang masa dan kemudian kami mempunyai lima minit yang melucukan," kata Dunk.
"Kami perlu menjadi lebih baik daripada itu. Kami menunjukkan watak yang hebat untuk kembali dan mendapat keputusan seri."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... agal-raih-tiga-mata |
|
|
|
|
|
|
| |
|