View: 732|Reply: 0
|
Arsenal akhiri kemarau kemenangan liga ke atas Man City
[Copy link]
|
|
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta meraikan kemenangan ke atas Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, London. - Foto AFP
Next
LONDON: Arsenal akhirnya menamatkan penantian lapan tahun untuk menewaskan Manchester City kendalian Pep Guardiola dalam saingan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 di Stadium Emirates.
Rembatan minit ke-86 Gabriel Martinelli memberikan Arsenal kemenangan pertama ke atas juara treble itu dalam saingan liga sejak Disember 2015.
Arsenal kini melonjak ke tangga kedua, dua mata di depan City bagi meneruskan pemburuan gelaran pertama liga dalam tempoh 20 tahun selepas dikecewakan anak buah Guardiola musim lalu.
Selepas 12 kekalahan berturut-turut di tangan City dalam aksi liga, pemain-pemain dan penyokong Arsenal meraikan kemenangan seperti memenangi liga.
"Ia adalah yang istimewa. Sudah lama kelab ini tidak menewaskan Manchester City. Kami menjangkakan ini adalah harinya tetapi perlu beraksi dengan baik untuk melakukannya.
"Pemain-pemain sangat berdisiplin, mereka sering memenangi bola. Kami kekurangan di bahagian serangan, tetapi secara keseluruhan suasananya amat menakjubkan," kata Arteta.
Percaturan Arteta memasukkan pemain sayap Brazil, Martinelli ketika rehat ternyata membuahkan hasil, dengan dua lagi pemain gantian, Thomas Partey dan Kai Havertz turut memainkan peranan dalam jaringan berkenaan.
Sementara itu Guardiola pula merakam kekalahan ketiga dalam empat perlawanan terakhir mereka. Buat pertama kali sejak Disember 2018, City tewas dua aksi liga berturut-turut selepas turut dikejutkan Wolves hujung minggu lalu dan tunduk kepada Newcastle dalam saingan Piala Liga.
"Kami sudah mencuba. Saya rasa kedua-dua pasukan tidak mempunyai banyak peluang. Perlawanan amat sengit tetapi akhirnya, satu tindakan, kami tewas. Tahniah kepada mereka," kata Guardiola. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ga-ke-atas-man-city |
|
|
|
|
|
|
| |
|