CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 642|Reply: 0

Klopp enggan ulas kontroversi baharu VAR

[Copy link]
Post time 9-10-2023 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Brighton, Pascal Gross (tengah) mengasari pemain Liverpool, Dominik Szoboszlai ketika aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Komuniti American Express, Brighton. - Foto REUTERS

BRIGHTON: Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp enggan mengulas berkenaan kontroversi VAR membabitkan pemain tengah Brighton, Pascal Gross yang terlepas kad merah ketika keputusan 2-2 semalam.

Pengulas sukan, Micah Richards berkata Gross sepatutnya dilayangkan kad merah kerana mengasari pemain Liverpool, Dominik Szoboszlai.

Tindakan Gross menarik pemain Hungary itu memberikan Liverpool sepakan penalti tetapi pemain tengah Brighton itu tidak dilayangkan kad merah walaupun insiden berkenaan dinilai semula pembantu pengadil video, VAR.

Mohamed Salah menyempurnakan sepakan penalti berkenaan sebelum rehat untuk Liverpool mendahului permainan.



"Saya tidak tahu. Saya rasa jika kekasaran di dalam kotak kerana diberikan penalti ia adalah kad kuning dan merah jika di luar kotak.

"Saya tidak tahu, jangan tanya saya berkenaan peraturan. Saya terima apa saja yang diberikan.

"Ada sesiapa yang mengatakan dia sepatutnya dibuang padang? Saya percaya seorang pakar pasti mengetahuinya, saya tidak tahu," kata Klopp.

Keputusan itu menyusul selepas pembatalan jaringan Luis Diaz ketika kekalahan kepada Tottenham hujung minggu lalu, yang menyebabkan Klopp mahu aksi berkenaan diadakan semula.

Brighton menyamakan kedudukan pada minit ke-78. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... troversi-baharu-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058682 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list