View: 1782|Reply: 0
|
JDT taja Hafizh Syahrin
[Copy link]
|
|
JDT taja Hafizh Syahrin
Hafiz (kiri) bergambar bersama pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Foto ihsan JOHOR SOUTHERN TIGERS
KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta'zim (JDT) terus memperluaskan jenama mereka apabila kali ini menaja pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah untuk perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) pada musim 2024.
Biarpun masih baharu, namun JDT terus memasang hasrat untuk melangkah lebih jauh dalam sukan permotoran dan meletakkan sasaran berlumba di Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) selepas ini.
"Usaha terbaharu ini disasarkan untuk mengembangkan lagi jenama JDT kepada khalayak global dan membuka pintu kepada lebih banyak kerjasama dengan syarikat-syarikat antarabangsa," kata kenyataan rasmi di Facebook Johor Southern Tigers, sebentar tadi.
Nama Hafizh Syahrin bukan asing lagi dalam dunia permotoran apabila pernah membuat kemunculan dalam perlumbaan di Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada tahun 2018 dan 2019 bersama jentera Yamaha serta KTM.
Pelumba berusia 29 tahun juga pernah beraksi di Moto2 dan ketika ini beraksi di WSBK.
Selain bola sepak, JDT turut menceburi beberapa sukan lain seperti futsal, polo, tinju dan hoki ais.
SumbeR:https://www.bharian.com.my/sukan ... taja-hafizh-syahrin
|
|
|
|
|
|
|
| |
|