CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 1

[Johor] Nahas di litar, pelumba Md Izzat Zaidi kritikal

[Copy link]
Post time 8-10-2023 05:56 PM | Show all posts |Read mode

JOHOR BAHRU: Pelumba CKJ Racing Team, Md Izzat Zaidi Md Salehan, kritikal selepas terbabit kemalangan ketika sesi 'Super-Pole' pada perlumbaan Cub Prix Malaysia di Litar Bandar Medini, dekat Iskandar Puteri, tengah hari semalam.

Pengurus Pasukan CKJ Racing, Amer Saad yang mengesahkan kejadian berkenaan, berkata pelumba berusia 27 tahun itu patah tulang rusuk kiri dan mengalami pendarahan di bahagian paru-paru.

Beliau berkata, Md Izzat Zaidi yang berasal dari Selangor kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA), selepas selesai menjalani pembedahan pada jam 4 pagi tadi.

"Md Izzat Zaidi masih bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan dan menurut doktor, mereka akan tunggu dalam masa 48 jam untuk melihat sama ada masih terdapat pendarahan di paru-paru," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan kemalangan terbabit.



Hari ini, tular satu rakaman berdurasi 26 saat dalam Facebook, dipercayai video kemalangan membabitkan pelumba berkenaan, yang menunjukkan jentera Yamaha dipacu ketika sesi Super-Pole CP150 melanggar penghadang jalan dan terbabas ke pagar keselamatan yang diletakkan di tepi litar.

Turut tular ialah hantaran dipercayai daripada isteri Md Izzat Zaidi dalam Instagram milik 'elyshanorizal' yang memohon orang ramai mendoakan suaminya yang selesai menjalani pembedahan dan bergantung 100 peratus pada mesin bantuan pernafasan.

Selain itu, dimuat naik sekeping gambar dipercayai Md Izzat Zaidi yang dipercayai baru selesai pembedahan. – BERNAMA






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2023 10:03 PM | Show all posts
Semoga cepat sembuh dan dipermudah semua urusan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.037597 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list