View: 474|Reply: 0
|
Jaringan Pulisic legakan Milan, Giroud jadi penjaga gol
[Copy link]
|
|
GIROUD (kanan) membuktikan kemampuan menjadi penjaga gol. FOTO Reuters
Genoa: Jaringan lewat oleh Christian Pulisic membolehkan AC Milan menang 1-0 ke atas Genoa yang meletakkan mereka di puncak Serie A tetapi perlawanan berakhir dengan kekecohan apabila kedua-dua penjaga gol dibuang padang dan penyerang Olivier Giroud masuk sebagai penjaga gol pasukan pelawat.
Pulisic yang juga pemain antarabangsa Amerika Syarikat (AS) menjaringkan gol pada minit ke-87 dengan sepakan separuh voli dari jarak dekat selepas menerima hantaran Yunus Musah.
Bagaimanapun, mereka terpaksa bergelut untuk mempertahankan tiga mata selepas perlawanan berubah menjadi huru-hara apabila penjaga gol Milan, Mike Maignan dilayangkan kad merah kerana mengasari Caleb Ekuban pada masa kecederaan dan Giroud mengambil tempat menjaga gawang.
Pemain kelahiran Perancis itu bernasib baik apabila sepakan percuma Albert Gudmundsson dari Genoa mengenai palang dan Giroud kemudian menafikan dengan baik percubaan George Puscas sejurus sebelum wisel penamat dibunyikan.
"Saya suka berfikir bahawa apa yang Giroud lakukan adalah sebahagian daripada mentaliti kami," kata jurulatih Stefano Pioli kepada DAZN.
"Pulisic mahu menjadi penjaga gol dan mungkin dia sudah melakukannya, tetapi saya memberitahunya bahawa dia terlalu pendek.
"Kami bernasib baik dalam beberapa episod terakhir, tetapi ia adalah sebahagian daripada mentaliti kumpulan yang mahu memberikan yang terbaik dan itu membuatkan saya gembira."
Milan, yang memperoleh kemenangan ketujuh dalam lapan perlawanan, mendahului dua mata di puncak liga selepas seteru Inter Milan membuang kelebihan dua gol awal untuk seri 2-2 di tempat sendiri menentang Bologna
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ud-jadi-penjaga-gol |
|
|
|
|
|
|
| |
|