CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4125|Reply: 0

[Terengganu] Nizam temui ajal selepas tiga kali kemalangan motosikal

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:40 AM | Show all posts |Read mode

RADHIAH (tudung hitam tengah) ditenangkan ahli keluarganya selepas membuat pengecaman mayat anaknya di Bilik Forensik Hospital Dungun. FOTO Rosli Ilham

Dungun: "Sudah dua kali dia terbabit kemalangan, dan saya melarang anak membaiki motosikal miliknya kerana bimbang ditimpa kemalangan lagi."

Itu kata Radhiah Mohd Kasim, 43 selepas anaknya Muhammad Shah Run Nizam Jaafar, 20, maut dalam kemalangan di Kilometer 333.1, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), arah Kuantan dekat susur keluar Paka, tengah malam tadi.

"Kemalangan pertama berlaku tahun lalu yang mengakibatkan motosikal RXZ miliknya rosak teruk, tapi nasib baik dia hanya cedera ringan.

"Arwah kemudian membaiki motosikal itu, namun terbabit kemalangan kali kedua ketika menyertai perhimpunan motosikal RXZ di Kuala Terengganu September lalu dan motosikal itu mengalami kerosakan kecil," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Turut maut dalam kemalangan itu, Muhammad Fitri Hanif Rohami, 18, dan Ahmad Osama Ramadhan Laidin.

Radhiah berkata, selepas dua kejadian itu dia melarang anaknya membaiki motosikal berkenaan, dan Muhammad Shah Run Nizam akur serta menggunakan motosikal milik adiknya untuk berulang alik ke tempat kerja di Kerteh.

Bagaimanapun, Radiah berkata, arwah merayu untuk membaiki motosikal miliknya selepas melihat kesukaran adiknya berulang alik ke sekolah.

Katanya, memikirkan keadaan anaknya yang bekerja jauh dari kampung, dia akhirnya membenarkan anak membaiki semula kenderaan itu.

"(Namun) Tengah malam tadi saya dimaklumkan dia kemalangan, saya ingat kemalangan kecil tak sangka dia meninggal dunia.

"Arwah tidak menunjukkan sebarang perbuatan pelik, disebabkan itu saya sangat terkejut bila dapat berita dia maut dalam kemalangan itu," katanya sudah kematian suami sejak tiga tahun lalu.

Katanya, anaknya itu seorang anak yang baik dan menyatakan hasrat untuk bekerja keras menyimpan wang.

Sementara itu bapa Muhammad Fitri, Rohami Ismail, 53, berkata, perasaan tidak sedap hati terhadap anaknya benar-benar menjadi kenyataan.

"Dia minta izin untuk keluar makan nasi lemak di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Paka bersama rakan-rakannya.

"Selepas saya izin, dia keluar dari rumah kira-kira 10.20 malam, namun sejam selepas itu saya tiba-tiba rasa tidak sedap hati," katanya.

Katanya, dia terus menghubungi anaknya, dan Muhammad Fitri memaklumkan sudah siap makan dan akan segera pulang ke rumah.

"Tidak lama selepas itu saya mendapat panggilan memaklumkan anak saya bersama dua lagi mangsa terbabit kemalangan.

"Masa itu saya tidak tahu anak saya sudah meninggal dunia dan sebaik menerima gambar anak terbaring di atas lebuh raya, hati saya merasakan bahawa anak sudah tiada," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... emalangan-motosikal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.196640 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list