CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4090|Reply: 0

Postecoglou akui Liverpool dinafikan gol

[Copy link]
Post time 7-10-2023 09:28 AM | Show all posts |Read mode

Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou bersetuju Liverpool dinafikan gol yang sah disebabkan kesilapan VAR. - Foto AGENSI

LONDON: Pengendali Tottenham, Ange Postecoglou bersetuju Liverpool dinafikan gol yang sah disebabkan kesilapan VAR.

Anak buah Postecoglou menewaskan Liverpool 2-1 Sabtu lalu selepas jaringan Luis Diaz untuk Liverpool pada babak pertama dibatalkan kerana ofsaid.

Gol berkenaan sepatutnya meletakkan skuad kendalian Jurgen Klopp di depan, tetapi pengendali VAR, Darren England tersilap mengesahkan keputusan ofsaid di atas padang walaupun mendapati Diaz berada di kedudukan onsaid.

Selepas selesai meneliti rakaman, England memberitahu pengadil pemeriksaan selesai dan permainan diteruskan, tetapi hakikatnya keputusan awal adalah ofsaid dan kedudukan kekal 0-0 akibat kesilapan komunikasi.



"Ia adalah gol yang sah yang tidak diberikan kepada Liverpool. Ia bukan masalah integriti, hanya kesilapan komunikasi yang membawa padah buat Liverpool.

"Ia belum pernah berlaku, tetapi saya rasa ia membuka ruang untuk kita belajar perkara baharu untuk menangani perkara berkaitan teknologi," kata Postecoglou. - AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... rpool-dinafikan-gol
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.235804 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list