View: 4114|Reply: 0
|
Kean dipanggil semula jumpa Malta, England
[Copy link]
|
|
Penyerang Juventus, Moise Kean (tengah) dipanggil semula menyertai skuad Itali kendalian Luciano Spalletti. – Foto AFP
ROME: Penyerang Juventus, Moise Kean dipanggil semula ke dalam skuad Itali bagi aksi kelayakan Euro 2024 menentang Malta dan England, ketika jurulatih Luciano Spalletti merombak semula jentera serangannya.
Kean, 23, meraih penampilan terakhirnya daripada 12 cap pada Oktober 2021. Dia bertuah berikutan ketiadaan penyerang veteran Lazio, Ciro Immobile yang mengalami kecederaan.
Bekas jurulatih Napoli itu turut memanggil buat kali pertama pertahanan berusia 20 tahun, Destiny Udogie yang beraksi cemerlang bersama Tottenham pada awal musim ini. Penjaga gol Spurs, Guglielmo Vicario turut berada dalam skuad itu.
Juga kembali selepas lama tidak beraksi pemain tengah Giacomo Bonaventura yang kali terakhir beraksi pada Oktober 2020 tetapi kelabnya Fiorentina bermula dengan cemerlang pada awal musim.
Spalletti menggugurkan pemain sayap Matteo Politano dari Napoli dan penyerang Genoa, Mateo Retegui, yang menjadi sebahagian daripada skuad pertama jurulatih baharu itu bulan lalu.
Jurulatih itu turut memutuskan untuk tidak memanggil semula pemain tengah veteran Marco Verratti yang berpindah dari Paris Saint-Germain ke Al-Arabi di Qatar pada September dan tidak berada dalam skuad bulan lalu.
Sesudah terlepas Piala Dunia tahun lalu, penyandang juara Eropah, Itali bermula buruk dalam kempen kelayakan Euro di bawah kendalian Roberto Mancini, tewas di laman sendiri kepada England pada Mac lalu.
Susulan dua kemenangan dan satu seri, di gelanggang lawan menentang Macedonia Utara, mereka melonjak ke tangga kedua Kumpulan C, enam mata di belakang pendahulu England dan di depan Ukraine serta Macedonia Utara menerusi perbezaan gol.
Itali berdepan Malta, yang kalah semua lima perlawanan kumpulan mereka, di Bari pada 14 Oktober, sebelum berkunjung ke Wembley tiga hari kemudian untuk bertemu England, dalam perlawanan ulangan final Euro yang mana Itali menang menerusi penentuan penalti. – AFP
SKUAD ITALI
Penjaga gol: Gianluigi Donnarumma (Paris Saint-Germain/FRA), Alex Meret (Napoli), Ivan Provedel (Lazio), Guglielmo Vicario (Tottenham/ENG).
Pertahanan: Francesco Acerbi (Inter Milan), Alessandro Bastoni (Inter Milan), Cristiano Biraghi (Fiorentina), Matteo Darmian (Inter Milan), Giovanni Di Lorenzo (Napoli), Federico Dimarco (Inter Milan), Federico Gatti (Juventus), Gianluca Mancini (AS Roma), Giorgio Scalvini (Atalanta), Destiny Udogie (Tottenham/ENG).
Tengah: Nicolo Barella (Inter Milan), Giacomo Bonaventura (Fiorentina), Bryan Cristante (AS Roma), Davide Frattesi (Inter Milan), Manuel Locatelli (Juventus), Sandro Tonali (Newcastle/ENG).
Penyerang: Domenico Berardi (Sassuolo), Federico Chiesa (Juventus), Moise Kean (Juventus), Giacomo Raspadori (Napoli), Gianluca Scamacca (Atalanta), Mattia Zaccagni (Lazio), Nicolo Zaniolo (Aston Villa/ENG).
https://www.bharian.com.my/sukan ... jumpa-malta-england |
|
|
|
|
|
|
| |
|