View: 4080|Reply: 0
|
Toko Ekambi kecewakan Ronaldo, Al-Nassr
[Copy link]
|
|
Reaksi penyerang Al-Nassr, Cristiano Ronaldo selepas gagal menyudahkan peluang ketika berdepan Abha pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP
RIYADH: Bukan hari terbaik buat Cristiano Ronaldo dan Al-Nassr tetapi mereka semakin hampir melakar kemenangan ketujuh berturut-turut sebelum dikecewakan oleh gol saat akhir pada aksi Liga Pro Saudi menentang Abha awal pagi tadi.
Pemain antarabangsa Cameroon, Karl Toko Ekambi menafikan kemenangan mereka apabila meledak gol penyamaan 2-2 pada minit ke-92 sekali gus menghukum tuan rumah yang gagal menyudahkan deretan peluang terhidang.
Ronaldo bergelut di depan pintu gol, menyaksikan rentetan enam perlawanan berturut-turut menjaringkan gol berakhir ketika dia mensia-siakan banyak peluang di depan pintu gol lawan.
Dia bagaimanapun terbabit dalam satu daripada dua gol itu, menghasilkan tolakan tumit mengagumkan untuk membolehkan Otavio meledak gol pembukaan hanya selepas tiga minit tetapi dia tidak mampu mengukuhkan kedudukan buat tuan rumah apabila gagal menyudahkan beberapa peluang yang menyusul selepas itu.
Sebaliknya Sadio Mane tampil sebagai pemain terbaik di tengah padang, kerap kali mengucar-ngacirkan benteng pertahanan Abha di sayap kiri sepanjang perlawanan.
Pemain Al-Nassr mengerumuni Otavio (nombor 25) yang menjaringkan gol pertama ketika menentang Abha pada aksi Liga Pro Saudi di Al-Awwal Park, Riyadh awal pagi tadi. – Foto AFP
Penyerang dari Brazil, Anderson Talisca mengukuhkan kedudukan buat Al-Nassr dengan gol kedua pada minit ke-28 tetapi Abha, yang terdampar di tangga ke-15 liga, membalas menerusi sepakan penalti Saad Bguir pada minit ke-36.
Sekalipun menguasai babak pertama dan hampir keseluruhan 45 minit terakhir, Al-Nassr tidak dapat menggunakan sepenuhnya kekuatan jentera serangan mereka dan kegagalan mereka menambah gol membolehkan Abha bertahan hingga 90 minit.
Abha, diketuai pemain berbahaya Toko Ekambi, tidak banyak mencipta peluang tetapi pemain itu tampil sebagai penyelamat dengan gol penyamaan dua minit pada masa kecederaan untuk membawa pulang satu mata.
Keputusan seri itu menyaksikan Al-Nassr menghuni tangga ketiga liga dengan 19 mata, tiga mata di belakang pendahulu Al-Taawoun manakala kelab Neymar, Al-Hilal di tangga kedua dengan 20 mata.
Al-Hilal bagaimanapun boleh merampas semula tangga teratas apabila berdepan Al-Akhdoud malam ini. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-ronaldo-al-nassr |
|
|
|
|
|
|
| |
|