|
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana sekali lagi melakukan kesilapan yang membawa padah kepada pasukan. - Foto REUTERS
MANCHESTER: Persembahan buruk Andre Onana ketika menentang Galatasaray membuatkan peminat mahu David de Gea dipanggil semula menjaga gawang Manchester United.
Penjaga gol United itu sekali lagi menjadi punca pasukannya tewas dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah, kali ini 3-2 di tangan Galatasaray.
Selepas menyebabkan pelawat mendapat sepakan penalti, Onana gagal menyelamatkan jaringan kemenangan oleh Mauro Icardi.
Sebelum jaringan kemenangan itu, hantaran Onana dipintas Dries Mertens dan pertahanan United, Casemiro terpaksa menjatuhkannya dalam kotak penalti, lalu dilayangkan kad kuning kedua.
Onana bernasib baik apabila sepakan penalti Icardi tersasar, tetapi pemain Galatasaray itu menebus kesilapannya dengan jaringan empat minit kemudian.
"De Gea masih belum ada kelab, apa nombor telefonnya?" kata salah seorang peminat.
Bulan lalu Onana membuat kesilapan yang menjurus kepada kekalahan United di tangan Bayern Munich. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... ea-dipanggil-semula |
|