CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10583|Reply: 0

[Pulau Pinang] Perunding Takaful Ikhlas bersedia bantu masyarakat 'bina aset'

[Copy link]
Post time 2-10-2023 08:03 PM | Show all posts |Read mode
Perunding Takaful Ikhlas bersedia bantu masyarakat 'bina aset'


Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 2, 2023 @ 7:14pm [email protected]




Muhammad Fikri (dua dari kiri) menyantuni orang ramai yang mengunjungi reruai MNRB Holdings Berhad (MNRB) Takaful Ikhlas sempena MSAM 2023. - NSTP/DANIAL SAAD




KEPALA BATAS: Lebih 3,500 perunding Takaful Ikhlas di seluruh negara bersedia untuk memberi khidmat dan panduan kepada masyarakat berhubung kepentingan melanggan serta menabung melalui produk syarikat itu yang mampu 'membina aset' dan digunakan ketika memerlukan.

Ini berikutan produk ditawarkan bukan saja membabitkan perlindungan perubatan bagi penyakit kritikal, kos rawatan hospital dan kematian, tetapi juga memupuk masyarakat menabung untuk simpanan hari tua serta pendidikan anak-anak ke universiti.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Takaful Ikhlas Family Berhad, Muhammad Fikri Mohamad Rawi, berkata menariknya produk syarikat itu banyak tertumpu kepada golongan B40 di mana mereka yang berpendapatan rendah juga boleh mencarum dan menabung serendah RM100 sebulan.

"Produk kami adalah produk asas yang diperlukan masyarakat seluruh negara dan peserta (pelanggan), di samping menepati segmen bumiputera.

"Maka, ia menjadi mudah bagi perunding kami bertemu masyarakat dan memberi kesedaran kepada mereka betapa pentingnya mendapatkan perlindungan dan pada masa sama, membuat simpanan yang secara tidak langsung membolehkan peserta membina aset untuk masa depan," katanya ketika ditemui pada Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines Bertam, di sini, hari ini.

Sempena MSAM 2023, Takaful Ikhlas menawarkan produk IKHLAS Dariku dan IKHLAS Bersama serta produk-produk perlindungan takaful perubatan, termasuk perlindungan terhadap penyakit kritikal.

Muhammad Fikri berkata, perunding syarikat itu adalah terlatih dan mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi ketika berdepan masyarakat bagi mempromosikan produk.

"Perunding atau ejen takaful kami telah melalui kursus tertentu dan perlu lulus peperiksaan asas yang diadakan sebelum mereka layak diberikan lesen (tauliah). Ia meningkatkan keyakinan peserta terhadap produk yang kami tawarkan.

"Kami mahu mengubah tanggapan masyarakat terhadap perunding takaful, supaya mereka tidak perlu takut didekati kerana soal perlindungan khususnya perubatan dan penyakit kritikal termasuk simpanan, adalah perkara sangat penting kini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya sedang mengambil inisiatif menambah bilangan perunding supaya usaha memberi kesedaran kepada masyarakat berhubung produk perlindungan dan simpanan dapat diketengahkan secara meluas.

"Tanpa mereka (perunding), tidak mungkin masyarakat akan sedar kepentingan serta manfaat perlindungan takaful, termasuk membantu meringankan beban kewangan jika berlaku perkara tidak dijangka.

"Oleh itu, kami merancang untuk menambah perunding. Malah pada MSAM 2023, orang ramai yang hadir dan berminat untuk menjadi perunding juga boleh mendaftar serta berpeluang memenangi hadiah percutian ke Bandung, Indonesia, sebagai galakan untuk perunding kami," katanya.

Muhammad Fikri berkata, banyak kelebihan yang boleh diperoleh perunding takaful, antaranya masa kerja yang fleksibel, selain berupaya membina masa depan lebih cerah untuk diri dan keluarga kerana ia adalah kerjaya yang mempunyai potensi tanpa had.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:08 PM GMT+8 , Processed in 0.275967 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list