|
KLOPP (tengah) menganggap pasukannya menjadi mangsa ketidakadilan pengadil ketika tewas menentang Spurs awal pagi semalam. - AFP
LONDON – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap permohonan maaf daripada Pentadbir Pengadil Profesional Liga Perdana Inggeris (PGMOL) tidak memberi sebarang manfaat kepada pasukannya yang tewas 1-2 kepada Tottenham Hotspur, awal pagi semalam.
Bagaimanapun, Klopp nyata berang dengan beberapa keputusan ‘gila’ yang dibuat pengadil perlawanan, Simon Hooper termasuk ketika membatalkan jaringan Luis Diaz.
PGMOL mengesahkan Hooper telah melakukan kesilapan besar apabila membatalkan jaringan Diaz yang dikatakan berada dalam kedudukan ofsaid, namun ulang tayang menunjukkan sebaliknya.
“Kami tetap tidak akan dapat sebarang mata dan semua itu langsung tidak membantu. Tiada seorang pun mengharapkan keputusan tepat 100 peratus, tetapi saya fikir apabila kita ada VAR, ia mungkin akan memudahkan kerja.
“Saya tidak tahu kenapa orang jaga VAR berada dalam situasi tekanan hingga buat keputusan terlalu cepat. Nyata ia merubah momentum perlawanan dan itulah yang kami hadapi.
“Ia sangat sukar, namun pemain mampu melakukan tugas mereka dengan cukup baik,” katanya.
Terdahulu, Son Heung Min terlebih dulu membuka jaringan buat Spurs, namun Cody Gakpo kembali menyamakan kedudukan sebelum Joel Matip tertampan bola ke gawang sendiri untuk beri kemenangan buat The Lilywhites.
The Reds terpaksa menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain apabila Curtis Jones dan Diogo Jota dilayangkan kad merah.
“Saya cukup bangga dengan pasukan saya dan saya tidak pernah saksikan mana-mana perlawanan yang tidak adil seperti ini. Memang sukar untuk terima apabila ada
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ah-tidak-ada-makna/ |
|