CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17952|Reply: 0

[Pulau Pinang] Syarikat Bumiputera diingatkan tidak berganjak matlamat asal - PM

[Copy link]
Post time 1-10-2023 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 1-10-2023 08:39 PM

Syarikat Bumiputera diingatkan tidak berganjak matlamat asal - PM

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI 01 Oktober 2023   07:28pm





Anwar ketika berucap di MSAM 2023 yang diadakan di Setia Fontaines, Bertam pada Ahad.




KEPALA BATAS - Syarikat-syarikat khususnya yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera diingatkan supaya tidak terlepas atau berganjak daripada matlamat asal iaitu untuk menyelamatkan bumiputera.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, selain itu, syarikat-syarikat berkaitan juga diingatkan agar tidak mengambil jalan mudah dengan menjual aset-aset dimiliki untuk menyelamatkan syarikat.


Menurutnya, syarikat-syarikat itu perlu diuruskan dengan cekap tanpa melupakan matlamat asal penubuhannya dengan tumpuan terarah kepada paksi kepentingan bumiputera dan masyarakat.

Beliau berkata, syarikat yang ada kini telah beralih kepada soal keuntungan, kesan daripada perubahan pengurusan dan faktor-faktor lain.


"Sekembalinya saya dalam pentadbiran kerajaan, saya sedar adanya peralihan matlamat ini. Justeru saya minta agar pengurusan mengusahakan agar syarikat kembali kepada matlamat asal bagi menyelamatkan ekonomi bumiputera.

"Sebelum ini, bila kerugian bertambah, maka aset dijual. Maka, ia mula melalui proses untuk diselamatkan oleh kerajaan dan sebagainya. Semua ini berganjak daripada matlamat asal kerana syarikat diuruskan dengan lemah," katanya menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Setia Fontaines di sini pada Ahad.


Turut hadir, Pengerusi Kumpulan PNB, Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan Exco Kerajaan Pulau Pinang serta orang kenamaan lain.

Anwar berkata, tindakan menjual aset itu disebabkan kelemahan urus tadbir dan tatakelola syarikat yang lemah sehingga menyebabkan berlakunya pembaziran selain kelemahan pengurusan yang disifatkan tidak bijak serta tidak waras.


“Apa-apa pun yang berlaku, saya minta pengurusan yang ada sekarang sama ada di bawah PNB (Permodalan Nasional Berhad) atau Khazanah dan syarikat kerajaan Persekutuan dan negeri harus ingat bahawa pertamanya pengurusan harus sangat cekap.

“Keduanya, dalam apa jua keputusan mereka tidak boleh mudah melepaskan pegangan dan kepentingan asal untuk menjaga dan kawal kepentingan syarikat yang berpaksikan kepentingan bumiputera.

“Kalau tidak, kita tak beralih, sampai bila pun, berpuluh-puluh tahun, balik kepada pangkal, tubuhkan syarikat, salah urus, salah tadbir, (kemudian) rugi, kerajaan kena tanggung, bantu lagi, tubuh lagi syarikat baru, kemudian kita ikut jalur sama,” katanya.

Sementara itu, beliau juga mahu berlaku anjakan dalam tadbir urus syarikat bumiputera tersebut iaitu bukan hanya pemimpin kerajaan Pusat yang dipertanggungjawabkan semata-mata.

“Ia juga harus bermula dari Jemaah Menteri dan pengurusan syarikat Bumiputera yang harus dipertanggungjawabkan untuk faham ada tugas asas yang harus mereka tahu, iaitu harus tahu urus dengan baik selain jaga pegangan (kepentingan Bumiputera) itu supaya tidak berulang kelemahan-kelemahan lalu,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid Al-Aqsa ~ 'Menteri' Pertahanan Trump #kesrogol
borneMahu Bina Third Temple Di Tapak Masjid A
Views : 23954 Replies : 24
Nabila berang dituduh sudah rujuk dengan Sharnaaz- Jangan jadi bodoh!
RalineNabila berang dituduh sudah rujuk dengan
Views : 35993 Replies : 13
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 203064 Replies : 7535
Individu Terkesima Orang Ramai Sanggup Beratur Semata-mata Mahu Beli Mekap.Netizen terbelah dua
YgBenarIndividu Terkesima Orang Ramai Sanggup B
Views : 31457 Replies : 37
Kamal Adli terlalu sayang anak dan isteri, jawab dakwaan ke mahkamah syariah
RalineKamal Adli terlalu sayang anak dan ister
Views : 10324 Replies : 4
Prinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis Zalikha bertuah bersuamikan Hairul Azreen
RalinePrinsip hidup sama, memang sekufu! Hanis
Views : 37811 Replies : 54
Kalau bawa awek mana boleh parking kereta di zon pink!
RalineKalau bawa awek mana boleh parking keret
Views : 37314 Replies : 44
Are you ready?
BicaraHatikuAre you ready?
Views : 11705 Replies : 8
TV show dan Movie Best di Netflix
NaatashaTV show dan Movie Best di Netflix
Views : 140011 Replies : 676
Menggelupur Risau Anwar Belum Dapat Cakap Dengan Trump
MahathirinaMenggelupur Risau Anwar Belum Dapat Caka
Views : 32783 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047209 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list