|
HENDERSON hanya sempat beraksi selama 20 minit untuk debut bersama Palace apabila berdepan kecederaan paha. - AFP
LONDON – Crystal Palace berdepan tamparan hebat ketika ini apabila penjaga gol baharu mereka, Dean Henderson mungkin terpaksa diketepikan untuk tempoh yang agak lama ekoran kecederaan paha.
Pengurus pasukan tersebut, Roy Hodgson mengakui ujian imbasan yang dilakukan menyaksikan Henderson mengalami kecederaan yang agak serius dan memerlukan proses pemulihan yang panjang.
Henderson memulakan aksi pertama bersama Palace menentang bekas pasukannya, Manchester United pada aksi Piala Liga Inggeris dan mengalami kecederaan itu sebelum digantikan oleh Sam Johnstone selepas 20 minit aksi.
“Dia sudah menjalani proses imbasan. Hasilnya tidak begitu positif dan saya memohon maaf kerana terpaksa menyatakan perkara ini.
“Bagaimananpun, kami akan melakukan satu lagi ujian imbasan minggu depan dan berharap ada berita gembira. Semoga kecederaan yang dialami tidak begitu serius berbanding apa yang kami lihat pada kali pertama,” jelasnya.
Selain Henderson, Palace juga terpaksa berdepan hakikat bahawa mereka akan turut kehilangan penyerang, Odsonne Edouard yang berdepan masalah kecederaan hamstring dan memerlukan tempoh pemulihan untuk beberapa minggu. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -khidmat-henderson/ |
|