CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4193|Reply: 1

[Kedah] Bekas guru maut basikal terbabas dalam semak

[Copy link]
Post time 30-9-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode

Mayat mangsa ditutup dengan kain berada di sisi basikalnya setelah ditemui meninggal dunia ketika melakukan kayuhan basikal dalam satu kawasan semak di tepi jalan di Kampung Dalam Wang, Baling semalam.

BALING – Kebimbangan sekumpulan pengayuh basikal dari Kelab Berbasikal Bayu Baling (BCC) mengenai rakannya yang tertinggal di belakang kumpulan akhirnya menjadi kenyataan apabila rakannya itu ditemui meninggal dunia dalam satu kawasan semak di tepi jalan di Kampung Dalam Wang, tengah hari semalam.

Pengerusi BCC, Mohamad Rizuan Musa, 58, berkata, ketika kejadian, mangsa merupakan bekas guru dikenali sebagai Azlin Yacob, 56, beralamat di Taman Semarak dalam mukim Pulai, di sini ditemui telah meninggal dunia di sisi basikal yang dinaikinya.

“Seperti rutin mingguan biasa pada hari Jumaat, bermula pukul 7.55 pagi di hadapan Kompleks Sukan Rakan Muda, kumpulan kami seramai 10 orang akan membuat kayuhan basikal secara santai ke Kedai Pak Mat di Ulu Legong melalui jalan Kampung Sungai Limau-Kampung Dalam Wang-Kampung Bandar-Kampung Siong dan berakhir di Kampung Ulu Legong,” katanya di sini semalam.

Menurutnya, mangsa terputus kayuhan dengan kelompok mereka ketika berada di Kampung Dalam Wang hampir satu kilometer jaraknya.

Mereka juga cuba menghubunginya melalui talian telefon tetapi tidak dijawab membuatkan mereka berpatah balik mencarinya tetapi tidak menjumpainya.

Katanya lagi, sekitar pukul 12 tengah hari, pencarian mereka akhirnya berjaya menemui Cikgu Azlin yang terbaring tidak sedarkan diri di tepi basikalnya di dalam semak tepi jalan di hujung Kampung Dalam Wang dan segera menghubungi Balai Polis dan pihak Hospital Daerah untuk bantuan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, Cikgu Azlin yang merupakan pesara guru Sekolah Menengah Kebangsaan Siong ditemui di Hadapan Homestay Sepadu, Jalan Bonggor Tiga.

“Akibat daripada kemalangan tersebut Cikgu Azlin telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya lagi, bedah siasat ke atas mayatnya telah dijalankan di Unit Forensik Hospital Kulim dan punca kematian ialah ischemic heart disease due to coronary atherosclerosis atau serangan penyakit jantung (SDR).

Jenazah arwah dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Tok Kaya, Batu 42, mukim, di sini malam tadi. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... rbabas-dalam-semak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2023 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah      
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.081396 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list