|
PENGURUS Chelsea, Mauricio Pochettino. FOTO Agensi
London: Pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino mahu terbabit lebih aktif dalam perpindahan pemain selepas kelab itu membelanjakan hampir £400m (RM1.9 billion) pada musim panas lalu.
Pochettino berhasrat untuk lebih terlibat dalam rancangan pembelian pemain bermula pada jendela perpindahan Januari ini.
Chelsea membariskan ramai pemain muda pada jendela perpindahan lalu yang menyaksikan prestasi pasukan itu terumbang-ambing.
Antara pemain yang kini menjadi buruan Pochettino adalah Ivan Toney dari Brentford bagi menambahkan sengat di jentera hadapan pasukan yang agak tumpul.
"Apa yang bagus adalah hubungan antara pemilik dan pengarah sukan sangat baik," kata Pochettino.
"Saya rasakan apabila jendela perpindahan di buka kembali, saya perlu terbabit dalam setiap keputusan terutamanya soal pembelian dan perpindahan pemain.
"Kita perlu mengenal pasti segera apa yang perlu ditingkatkan pada bulan Januari nanti. Kami sudah mula memikirkan beberapa perkara," katanya.
Sementara itu, Pochettino mengakui agak bimbang dengan kecederaan hamstring yang menimpa Ben Chiwell ketika menentang Brighton sebelum ini.
"Ia seperti kecederaan teruk, tetapi kami perlu menilai dalam beberapa hari akan datang dan kami akan melihat tempoh untuknya kembali berlatih. Namun buat masa ini keadaannya tidak begitu memuaskan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... n-pemain-di-chelsea |
|