|
LIONEL Messi bersama Inter Miami. FOTO Agensi
Miami: Kenaikan harga tiket babitkan pasukan Inter Miami yang dibintangi Lionel Messi mengundang rasa kecewa peminat kelab itu.
Perkara itu dimaklumkan oleh pemilik kelab bersama iaitu Jorge Mas dan bekas pemain England, David Beckham menerusi e-mel dengan kenaikan itu bermula musim depan.
Pada musim ini harga tiket adalah AS$485 (RM2,280) tetapi selepas kehadiran Messi, ia melonjak kepada AS$884 (RM4,157) untuk tempat duduk di belakang gol bagi 17 perlawanan MLS di laman sendiri.
Harga tiket semusim bagi tempat duduk lain termasuk kerusi serta bilik VIP turut melonjak sekali ganda.
Harga tiket semusim paling murah untuk menyaksikan juara Eropah dan Liga Perdana Inggeris, Manchester City adalah AS$469 (RM2,205).
"Gila. Saya memang jangkakan kenaikan harga, tetapi paling tinggi cuma 50 peratus. Mereka hanya fikirkan tentang duit kerana permintaan sangat tinggi.
"Mungkin mereka hanya mensasarkan kumpulan elit untuk datang ke stadium dan melupakan peminat lain. Mereka akan kehilangan peminat jika mempunyai mentaliti begini.
"Satu hari nanti Messi akan pergi... mereka tidak berfikir panjang. Peminat bawahan inilah yang menjadi teras pasukan dan mereka cuba menghalau mereka - mereka pasti tidak akan kembali," kata Ed Serrano, antara individu yang gigih berkempen untuk membawa francais MLS itu ke Florida Selatan.
Kelab juga merancang untuk berpindah dari Stadium DRV PNK di Fort Lauderdale ke Miami Freedom Park, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Miami pada tahun 2025.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... iket-meningkat-naik |
|