CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6522|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tahan 1,054 orang terbabit judi loteri haram

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:44 PM | Show all posts |Read mode
Tahan 1,054 orang terbabit judi loteri haram


BERNAMA



Datuk Khaw Kok Chin. FOTO NSTP.



Georgetown: Polis Pulau Pinang menjalankan sebanyak 1,041 serbuan dan menahan 1,054 individu yang terbabit dalam kegiatan perjudian loteri awam tanpa lesen sejak awal Januari hingga 27 Sept lalu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata, nilai rampasan melibatkan aktiviti berkenaan sepanjang tempoh itu ialah RM88,879.50.

"Bagi kegiatan perjudian secara dalam talian, polis Pulau Pinang menjalankan 605 serbuan dan sebanyak 630 individu ditahan dengan nilai rampasan berjumlah RM25,058 sepanjang tempoh yang sama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut mengambil tindakan terhadap kegiatan perjudian catit taruh atau bookie lumba kuda melalui 18 serbuan melibatkan 32 tangkapan dengan nilai rampasan sebanyak RM13,961.

Selain itu, Khaw berkata, polis turut menjalankan Op Pemotongan Bekalan Elektrik dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad dan sebanyak 44 premis diambil tindakan di bawah Seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

"Jumlah itu termasuk operasi yang dijalankan pada Rabu lepas iaitu sebanyak 13 premis yang dipercayai dijadikan premis perjudian telah diambil tindakan pemotongan bekalan elektrik," katanya.

Khaw berkata, Polis Pulau Pinang sentiasa memandang serius dan tidak akan berkompromi dengan sebarang penganjuran kegiatan perjudian serta tindakan berterusan akan diambil bagi menangani kegiatan haram terbabit.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kegiatan perjudian di Pulau Pinang agar terus menyalurkan maklumat itu kepada pihak polis.



Disiarkan pada: September 29, 2023 @ 9:21pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.042073 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list