CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7489|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air di Pulau Pinang dijangka pulih esok

[Copy link]
Post time 29-9-2023 08:54 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 29-9-2023 08:56 PM

Bekalan air di Pulau Pinang dijangka pulih esok

oleh   SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI  29 September 2023    08:07pm



Laporan Sinar Harian pada Jumaat. (Gambar kecil: Kon Yeow)




GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) sedang giat melaksanakan kerja-kerja memulihkan perkhidmatan bekalan air untuk majoriti pengguna air Pulau Pinang yang terjejas akibat insiden Sungai Muda yang berlaku pagi Jumaat.

Pengerusi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan Perbadanan Bekalan Air Holdings Bhd, Chow Kon Yeow berkata, sehingga jam 3.30 petang Jumaat, bekalan air kepada 391,239 daripada 465,004 pengguna air yang terjejas di Seberang Perai dan George Town telah dipulihkan.

Menurutnya, ia bermakna sebanyak 84.1 peratus daripada pengguna yang terjejas telah mendapat bekalan air semula.

"Kekeruhan air mentah Sungai Muda di muka sauk Lahar Tiang telah turun kepada 547.9 NTU (nephelometric turbidity units). PBAPP mengabstrakkan air mentah pada kapasiti 100 peratus di Lahar Tiang untuk dipam ke Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

"Pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua telah mencapai 94.6 peratus daripada kapasiti maksimum.

"Oleh itu, pasukan respons kecemasan (ERP) PBAPP yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutif, K Pathmanathan menyasarkan untuk memulihkan sepenuhnya perkhidmatan bekalan air di seluruh negeri pada esok (Sabtu)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Kata Kon Yeow, keutamaan PBAPP adalah untuk memulihkan semula kapasiti air terawat 100 peratus di LRA Sungai Dua.

"Selepas itu, PBAPP perlu mengoptimumkan pengepaman air terawat ke saluran paip kosong dan kakitangan PBAPP perlu menangani isu seperti menghidupkan semula pam di semua rumah pam yang terjejas dan menangani 'sendat udara', kemungkinan paip pecah serta isu saluran paip lain," katanya.

Sebelum itu, kira-kira 465,004 pengguna air di seluruh Pulau Pinang mengalami gangguan bekalan air atau tekanan air rendah sejak awal pagi Jumaat berikutan kejadian air keruh di Sungai Muda.

Menurut PBAPP, kejadian air keruh dan berlumpur di Sungai Muda berlaku susulan bencana banjir di Baling, Kedah ketika ini sehingga mengakibatkan

Susulan daripada itu, PBAPP terpaksa mengurangkan pengeluaran air terawat di LRA Sungai Dua.

Tindakan itu menyebabkan bekalan air terawat kepada 70 peratus pengguna di George Town, Seberang Perai Tengah (SPT) dan Seberang Perai Selatan (SPS) telah terjejas.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:37 PM GMT+8 , Processed in 0.471039 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list