CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7358|Reply: 0

[Kedah] 2 PPS di Kubang Pasu ditutup, mangsa berkurang kepada 1,660 orang

[Copy link]
Post time 29-9-2023 06:04 PM | Show all posts |Read mode
2 PPS di Kubang Pasu ditutup, mangsa berkurang kepada 1,660 orang


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 29, 2023 @ 5:49pm [email protected]




Ishak Saad, menunjukkan rumah anaknya di Kampung Bukit Iboi di Baling yang masih dipenuhi air dan lumpur selepas banjir. - NSTP/NOORAZURA ABDUL RAHMAN




Alor Setar: Dua lagi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ditutup di Kedah menjadikan mangsa banjir di empat daerah di negeri ini berkurangan kepada 1,660 orang yang membabitkan 469 keluarga.

Jumlah itu direkodkan sehingga jam 4 petang tadi, dengan dua PPS yang ditutup membabitkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Limau masing-masing di Kubang Pasu.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata, penutupan itu menjadikan SK Malau satu-satunya PPS masih beroperasi di daerah sama menempatkan 65 mangsa daripada 12 keluarga.

Bagi daerah Kota Setar, lima PPS masih aktif dan menempatkan 325 mangsa daripada 100 keluarga, manakala di Pokok Sena seramai 316 mangsa membabitkan 84 keluarga masih berlindung di dua PPS yang dibuka.

Di Baling, PPS di SK Iboi menempatkan 94 mangsa daripada 36 keluarga, manakala SMK Jerai dengan 59 mangsa daripada 13 keluarga dan SK Kampung Keda seramai 100 mangsa daripada 27 keluarga.

PPS di Surau Annur pula menempatkan 276 mangsa daripada 67 keluarga.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.057159 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list