CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2704|Reply: 6

[Pulau Pinang] Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:24 AM | Show all posts |Read mode
Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang alami gangguan bekalan air


Oleh Audrey Dermawan - September 29, 2023 @ 8:41am [email protected]




Foto hiasan




GEORGETOWN: Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang mula mengalami gangguan bekalan air sejak awal pagi tadi.

Pada masa sama, beberapa kawasan termasuk di daerah timur laut Georgetown, Seberang Prai Utara dan Seberang Prai Tengah berdepan tekanan air rendah.

Selain itu, gangguan bekalan air turut berlaku dari selatan Bukit Dumbar ke Balik Pulau (Pulau Betong, Bukit Penara, Pondok Upeh dan Bandar Balik Pulau) dan daerah Seberang Prai Selatan.

Dalam notis amaran yang dikeluarkan pada jam 4 pagi di laman Facebook Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), ia memaklumkan kualiti air mentah di muka sauk Lahar Tiang merekodkan tahap kekeruhan melebihi 1,500 Nephelometric Turbidity Unit (NTU).

NTU merujuk kepada kepekatan pepejal terampai di dalam air. Bacaan melebihi 3,000 menyebabkan air mentah tidak boleh dirawat.

Sehubungan itu, katanya, pengeluaran air dari loji rawatan Sungai Dua hanya beroperasi pada kapasiti 30 peratus.

"Tahap kekeruhan air yang tinggi berpunca daripada banjir di daerah Baling, Kedah.

"Kami sentiasa menjalankan pemantauan dari masa ke masa," katanya.

"Sebarang kesulitan, amat dikesali," katanya.

PBAPP mula memantau kualiti air mentah di muka sauk Lahar Tiang sejak Rabu berikutan hujan berterusan dan banjir di Baling.

Pada jam 1 pagi tadi kualiti air mentah di muka sauk Lahar Tiang telah melebihi 500 NTU.

PBAPP memberi amaran pengeluaran air dari loji rawatan Sungai Dua dijangka dikurangkan secara beransur-ansur. Ia juga menasihatkan semua pengguna supaya menyimpan air secukupnya untuk kegunaan kecemasan.

Pada awal Julai tahun lalu, Loji Rawatan Air Sungai Dua telah ditutup berikutan kekeruhan air mentah yang terlalu tinggi dari Sungai Muda berikutan banjir di Baling.

Berikutan situasi itu, 80 peratus atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun berdepan gangguan bekalan air.

Gangguan air tidak berjadual itu menyebabkan situasi huru-hara apabila orang ramai bertindak membuat pembelian panik air mineral.







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2023 09:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 29-9-2023 09:24 AM
@novelloverzz

Noted kaka. Bahagian pulau dgn SPS lbh terjejas. SPT dgn SPU tekanan air rendah. Jap lg nov usha washroom. Boss x de tp kj byk la pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2023 09:52 AM | Show all posts
novelloverzz replied at 29-9-2023 09:46 AM
Noted kaka. Bahagian pulau dgn SPS lbh terjejas. SPT dgn SPU tekanan air rendah. Jap lg nov usha w ...

kesan banjir kt baling png terasa tempias xde air.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
sfhzuraz replied at 29-9-2023 09:52 AM
kesan banjir kt baling png terasa tempias xde air.

Maintenence manager baru post dlm group. Lamberttt

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Nov stay dgn kj area SPT. Area low pressure. SPS yg x de air
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2023 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu ms x de air maintenance tadah air dr pili bomba utk kegunaan washroom
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.285029 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list