CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16358|Reply: 0

[Pulau Pinang] Giant Water Lily di Taman Botani Pulau Pinang jadi tumpuan pengunjung

[Copy link]
Post time 28-9-2023 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Giant Water Lily di Taman Botani Pulau Pinang jadi tumpuan pengunjung


Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



Orang ramai tidak melepaskan peluang merakamkan gambar kenangan di kolam teratai berhampiran pintu masuk Taman Botani Pulau Pinang bagi menyaksikan Teratai Gergasi atau 'Giant Water Lily' yang sedang mekar. FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI




Georgetown: Taman Botani Pulau Pinang di sini, terus menjadi tarikan pengunjung yang mahu menyaksikan Teratai Gergasi atau 'Giant Water Lily' yang sedang mekar.

Tinjauan mendapati, orang ramai tidak melepaskan peluang merakam gambar kenangan di kolam teratai berhampiran pintu masuk taman berkenaan.

Pengunjung, Rohaida Isa, 38, berkata, dia yang bercuti ke Pulau Pinang bersama dua rakannya, berkunjung ke Taman Botani berkenaan bagi menghirup udara segar.

Katanya, ia pertama kali dia melihat teratai gergasi itu sebelum melakukan carian di laman web.

"Rupa-rupanya ia adalah tumbuhan akuatik yang terdapat di sepanjang Sungai Amazon dan ternyata sangat cantik terutama apabila terletak di kawasan hijau ini.

"Pada mulanya, saya menyangka orang ramai mengerumuni kolam ini bagi memberi makanan kepada ikan, rupa-rupanya mahu melihat teratai gergasi," katanya ditemui, hari ini.

Sementara itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Edmund, 32, berkata, teratai gergasi itu akan mekar pada waktu tertentu dan akan mengambil tempoh bagi mekar semula.

"Setahu saya, teratai gergasi ini hanya ada di lokasi tertentu dan taman botani ini adalah satu daripadanya.

"Saya berharap pengunjung tidak membaling objek seperti batu ke permukaan teratai gergasi itu bagi memelihara kecantikannya," katanya di sini.

Terdahulu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow turut berkongsi maklumat berkaitan teratai gergasi itu menerusi hantaran di Facebook.

"Lapisan 'Lily Amazon' yang menghiasi kolam di hadapan Taman Botani Pulau Pinang adalah pemandangan yang menakjubkan.

"Tumbuh-tumbuhan (itu) sudah membesar dan mekar dengan lebih cantik dan Pulau Pinang mendapat keistimewaan bagi menjadi penjaga tumbuhan yang mengagumkan itu dengan sejarah bermula sejak awal 1800-an.

"Dikenali sebagai 'Victoria Amazonica', ia dianggap sebagai tumbuhan terbesar dan paling teguh di dunia yang mana daun bulatnya yang besar menambah nilai pelancongan kepada Taman Botani Pulau Pinang," katanya menerusi hantaran itu.

Kon Yeow berkata, spesies tumbuhan itu perlu dilindungi dan menjadi tanggungjawab semua bagi mencegah sebarang bentuk vandalisme terhadapnya.

Difahamkan, teratai gergasi itu boleh membesar sehingga tiga meter lebar dan mampu menampung berat sebanyak puluhan kilogram.




Disiarkan pada: September 28, 2023 @ 5:23pm








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.169824 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list