CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1644|Reply: 0

[Kedah] Allahyarham Awang Askandar dikurniakan Anugerah Khas

[Copy link]
Post time 28-9-2023 03:29 PM | Show all posts |Read mode

ALLAHYARHAM Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub. FOTO arkib

Alor Setar: Bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Allahyarham Left Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dikurniakan Anugerah Khas sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah hari ini.

Anugerah Khas itu disampaikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah kepada Timbalan Pengarah APM Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff yang mewakili keluarga Allahyarham berikutan tidak dapat hadir ke majlis berkenaan.

Mohd Muaz berkata, anugerah itu adalah atas sumbangan dan jasa bakti Awang Askandar selama berkhidmat hampir enam tahun sebagai Pengarah APM Kedah.

"Banyak sumbangan Allahyarham terutamanya kepada masyarakat Kedah, Allahyarham banyak terbabit dengan operasi banjir, memberi latihan kepada komuniti dan orang awam, di samping sering bekerjasama dan terbabit dengan aktiviti bersama jabatan dan agensi yang ada di negeri ini.

"Hari ini pegawai-pegawai APM dan rakan-rakan Allahyarham turut hadir ke majlis ini untuk menyaksikan penganugerahan yang cukup bermakna ini," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan itu di sebuah hotel di sini hari ini.

Mohd Muaz berkata, tayangan montaj mengenai Allahyarham itu nyata memberikan kesan kepada semua yang hadir, terutamanya buat dirinya sendiri serta pegawai dan anggota APM lain.

"Walaupun kejadian yang menimpa arwah sudah lama tapi kami semua rasa bagaikan ia baru saja berlaku… kami terkesan melihat montaj itu kerana kehilangan seorang insan yang disayangi dan dihormati yang kami kenali sejak 2017.

"Allahyarham telah dianugerahkan dengan sijil penghargaan, hadiah iringan dan replika cek berjumlah RM7,000 dan kita akan serahkan kepada keluarga arwah yang berada di Sabah," katanya.

Allahyarham Awang Askandar, 56, meninggal dunia semasa mengikuti misi menawan Gunung Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) pada Mei lalu apabila dikatakan terjatuh ketika berada pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut.

Majlis pagi ini turut menyaksikan Imam Masjid Al-A'la di Jitra, Saidin Dogol, 75, diumumkan sebagai penerima anugerah Tokoh Imam, dan beliau membawa pulang sijil penghargaan, hadiah iringan dan RM7,000.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iakan-anugerah-khas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.055473 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list