CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13166|Reply: 0

[Kedah] Bomba selamatkan lebih 20 mangsa banjir kilat di Kampung Iboi

[Copy link]
Post time 28-9-2023 12:44 AM | Show all posts |Read mode
Bomba selamatkan lebih 20 mangsa banjir kilat di Kampung Iboi


Oleh Zuliaty Zulkiffli - September 27, 2023 @ 11:33pm [email protected]




Anggota bomba membantu memindahkan penduduk di Kampung Iboi berikutan banjir kilat. Foto ihsan Bomba




BALING: Pasukan bomba berjaya mengeluarkan lebih 20 penduduk daripada tujuh keluarga di Kampung Iboi, dekat sini yang terperangkap akibat banjir kilat, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud, berkata sepasukan anggotanya tiba di lokasi sejurus menerima maklumat berhubung kejadian banjir di kawasan itu pada jam 7.45 malam tadi.

Beliau berkata, anggotanya menghadapi kesukaran ketika melakukan operasi penyelamatan apabila terpaksa meredah arus deras dan jalan sempit.

"Namun, anggota kami berjaya mengeluarkan mangsa termasuk penduduk yang sakit dan warga emas keluar dari kawasan itu untuk dipindahkan ke tempat selamat.

"Setakat ini operasi penyelamatan masih berjalan dan keadaan air sangat deras," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mohd Jamil berkata, pihaknya turut meminta bantuan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) di kawasan Baling, selain pemandu jentera berat untuk membantu dalam operasi penyelamatan.

Katanya, semua mangsa yang berjaya diselamatkan dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) yang baru diaktifkan.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043769 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list