CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15330|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bumbung rosak, rumah kelahiran Tan Sri P Ramlee ditutup bermula esok

[Copy link]
Post time 27-9-2023 09:10 PM | Show all posts |Read mode
Bumbung rosak, rumah kelahiran Tan Sri P Ramlee ditutup bermula esok


Oleh Zuhainy Zulkiffli - September 27, 2023 @ 6:13pm [email protected]




Pengunjung membaca notis penutupan rumah kelahiran seniman agung Tan Sri P Ramlee di Jalan P Ramlee, di sini, bermula esok bagi kerja baik pulih struktur bumbung yang rosak. - Foto ZUHAINY ZULKIFFLI




GEORGETOWN: Rumah kelahiran seniman agung Tan Sri P Ramlee di Jalan P Ramlee di sini, ditutup sementara bermula esok susulan kerja baik pulih kerosakan struktur bumbung.

Tinjauan mendapati notis penutupan sudah dipasang pada pintu rumah terbabit pada jam 4.30 petang.

Kerosakan struktur bumbung itu hanya membabitkan bahagian ruang tamu dan terdapat pegawai yang ditugaskan bagi memantau keselamatan pengunjung.

Difahamkan, kerja baik pulih bumbung berkenaan akan bermula esok dan dijangka siap sehingga diberitahu kelak.

"Bagaimanapun, kenyataan rasmi hanya akan dikeluarkan oleh pihak kementerian dalam masa terdekat," kata wakil Arkib Negara Malaysia, ketika ditemui di rumah kelahiran itu di sini, hari ini.

Terdahulu BH melaporkan gesaan Bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Tan Sri Dr Rais Yatim mengenai kerosakan struktur bumbung berkenaan selepas berkunjung ke rumah terbabit baru-baru ini.

Beliau juga menggesa pihak berkaitan supaya mengambil tindakan segera bagi membaikpulih rumah warisan itu.

Jurucakap Arkib Negara Malaysia ketika dihubungi berkata kejadian (kerosakan) itu berlaku susulan cuaca angin dan hujan sepanjang tempoh dua minggu ini.

Sementara itu pengunjung dari Sintok Kedah, Dr Azlina Kamaruddin berkata, dia berkunjung ke rumah berkenaan bersama empat lagi anak.

"Saya tidak mengetahui mengenai kerosakan struktur bumbung berkenaan dan melawat ke tempat ini sementara menunggu suami yang mempunyai urusan di kawasan berhampiran.

"Saya harap ia dapat diperbaiki segera kerana rumah kelahiran ini bukan sahaja dikunjungi pelawat tempatan tetapi juga antarabangsa.

"Selain itu, faktor keselamatan juga perlu diambil kira," katanya ketika ditemui di sini.

Rumah kelahiran Seniman Negara itu antara lokasi lawatan terkenal di Pulau Pinang dan mencatatkan ratusan jumlah pengunjung pada hari cuti dan cuti sekolah.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:07 PM GMT+8 , Processed in 1.231436 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list