CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 971|Reply: 0

Terpijak Tahi Cicak Boleh Membatalkan Wuduk? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli

[Copy link]
Post time 27-9-2023 01:47 PM | Show all posts |Read mode


Terpijak Tahi Cicak Boleh Membatalkan Wuduk? Ini Penjelasan Dari Dr Zulkifli


Korang, betuk ke kalau kita terpijak atau terkena tahi cicak akan membatalkan air wuduk? Mohon pencerahan.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ketua Koordinator Komunikasi Barisan Nasional (BN), Mohd Shafiq Fhadly Mahmud telah menyamakan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai ‘cicak politik’.

Difahamkan, dakwaan yang dibuat Ketua Penerangan Pemuda UMNO Larut itu bersandarkan kerana cicak selalu duduk di masjid dan apabila terpijak najisnya ia akan membatalkan air sembahyang.

  



Berikutan kenyataan itu, orang ramai dan pelbagai pihak membidas Mohd Shafiq kerana didakwa tidak memahami hukum yang boleh membatalkan wuduk.

Jangan risau, ini adalah jawapan bagi kekeliruan mengenai kenyataan jika seseorang terpijak tahi cicak akan membatalkan wuduk.

Sebenarnya, jika terkena atau terpijak tahi cicak ataupun najis-najis lain tidak termasuk dalam perkara yang membatalkan wuduk atau air sembahyang.

Menurut Datuk Seri Dr Zulkifli bekas Mufti Wilayah Persekutuan, berkata secara umumnya, tahi cicak termasuk dalam kategori najis mutawassitah kerana menurut mazhab al-Syafi‘i tahi, najis dan air kencing termasuk yang datang daripada haiwan adalah dikira sebagai najis.



Malah, cara membersihkan najis mutawassitah adalah dengan menghilangkan ainnya terlebih dahulu, kemudian mencucinya dengan air sehingga hilang bau, warna dan rasa.

Dalam situasi di dalam ruang solat iaitu surau atau masjid sekiranya tahi cicak itu boleh untuk dielakkan, maka jika terpijak, hendaklah segera dibuang kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan solat.

Namun, sekiranya tahi cicak itu sukar untuk dielakkan kerana terlalu banyak, ia tidaklah merosakkan solat kerana najis itu dimaafkan dan termasuk dalam ‘Umum al-Balwa.

Sementara itu, wuduk seseorang yang terkena najis masih sah dan tidak terbatal serta dia tidak perlu mengulanginya. Walau bagaimanapun, jika dia ingin mendirikan solat, maka perlulah dipastikan bahawa pakaian atau tempat yang terkena najis itu dibersihkan terlebih dahulu sebelum mendirikan solat.

Sebelum ini kami ada kongsikan penerangan bagi hukum dari segi sudut Islam mengenai lafaz niat wuduk dalam tandas.

Kredit: SinarHarian l Instagram
https://ohmedia.my/ohislam/terpijak-tahi-cicak-boleh-membatalkan-wuduk-ini-penjelasan-dari-dr-zulkifli/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 02:13 PM GMT+8 , Processed in 0.047065 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list