CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

[Pulau Pinang] Ahli politik kena bantu beri kefahaman tepat maksud sebenar ayat al-Quran

[Copy link]
Post time 27-9-2023 11:34 AM | Show all posts |Read mode

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Mohd Noor.

GEORGETOWN: Ahli politik juga bertanggungjawab memberi kefahaman yang tepat kepada masyarakat termasuk warga Malaysia bukan Islam mengenai maksud sebenar ayat al-Quran.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Mohd Salim Mohd Noor, berkata jika ia dapat dilakukan bererti satu perkembangan yang baik dalam hubungan antara sesama warga Malaysia berjaya diwujudkan.

"Ia adalah kerana semakin ramai masyarakat bukan Islam di negara ini yang memahami isi kandungan al-Quran bererti semakin bertambah penghargaan dan penghormatan mereka terhadap Islam.

"Diharap dengan cara sedemikian mampu menghapuskan fenomena Islamofobia dan sangkaan buruk terhadap agama Islam dan umatnya," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.



Bagi tujuan itu, Wan Salim juga mencadangkan supaya pihak kerajaan, menerusi mana-mana jabatan atau agensi yang sesuai, mengadakan sesi khas kepada wakil rakyat, ahli politik dan pemimpin badan bukan Islam (NGO).

Katanya, penyertaan itu hanya digalakkan dan tidak diwajibkan, kerana tujuannya bukan bagi mempengaruhi mereka menukar agama kepada Islam tetapi sekadar bagi memahamkan mereka mengenai ajaran Islam.

"Semoga dengan menghadiri sesi sedemikian, mereka akan mendapat kefahaman yang betul mengenai isi kandungan al-Quran.

"Kita percaya dengan kefahaman yang betul akan meningkatkan lagi perpaduan dan sikap saling hormat antara sesama warga negara, " katanya.

Semalam, Howard tampil memohon maaf menerusi sidang media yang dibuat di Pusat Komuniti Ahli Parlimen Ipoh Timur dekat Pengkalan selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP itu berkata, permohonan maaf itu dibuat antaranya mengambil kira saranan dari Setiausaha Agung Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegurnya supaya tidak mengulangi perbuatan membuat tafsiran sendiri terhadap ayat al-Quran.

Howard mendakwa tidak tafsir sendiri tetapi menukilkan (memetik) tafsiran ayat itu yang diajarkan pihak arif selain membuat buat kajian dahulu termasuk bertalaqi dengan orang alim dan bermuzakarah dengan beberapa ustaz.
https://www.bharian.com.my/berit ... sud-sebenar-ayat-al

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:54 PM GMT+8 , Processed in 0.046030 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list