CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 633|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bukit Bendera tersenarai 9 daripada 100 ‘perangkap pelancong’ terburuk di dunia

[Copy link]
Post time 26-9-2023 08:13 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Bendera tersenarai 9 daripada 100 ‘perangkap pelancong’ terburuk di dunia

Oleh   AISYAH BASARUDDIN  26 September 2023   05:56pm



Bukit Bendera tersenarai 9 daripada 100 ‘perangkap pelancong’ terburuk di dunia.




SHAH ALAM - Pusat tarikan Bukit Bendera, Pulau Pinang tersenarai di tangga kesembilan daripada 100 bagi ‘perangkap pelancong’ terburuk di dunia oleh akhbar harian Amerika Syarikat (AS).

Akhbar USA Today menganalisis 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancong paling popular merangkumi 65 negara di enam benua pada Julai 2023.


Dalam analisis itu turut disenaraikan kekerapan ulasan menyebut istilah atau kata kunci ‘perangkap pelancong’, berlebihan atau mahal.

Akhbar tersebut membandingkan tarikan antara satu sama lain dengan mengukur kekerapan relatif dan membahagikan bilangan sebutan serta jumlah ulasan untuk tempat berkenaan.


Kemudian, disenaraikan dapatan kajian supaya orang ramai memperoleh maklumat diperlukan sebelum ke destinasi pelancongan popular di samping menawarkan tip merancang perjalanan yang mampu menjimatkan wang.

Dalam masa sama, Bukit Bendera juga direkodkan berada di tangga ke-14 sebagai kawasan tarikan pelancong yang paling berlebihan di dunia.


Ia melangkaui kedudukan pusat tarikan terkemuka dunia iaitu Times Square, New York dan papan tanda Hollywoood, California yang mana masing-masing berada di tangga ke-17 serta ke-23.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.476447 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list