CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2793|Reply: 0

[Kedah] Satu lagi PPS dibuka tempatkan mangsa banjir Changlun

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:50 PM | Show all posts |Read mode

Kawasan perumahan di Taman Sayang, Changlun turut dilanda banjir akibat hujan berpanjangan sejak petang semalam. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

CHANGLUN – Sebuah lagi pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka hari ini iaitu di Dewan Kampung Tradisi Lembang Keriang yang kini menempatkan seramai 16 mangsa daripada lima keluarga yang terjejas banjir.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kubang Pasu, Kapten (PA) Mohd. Adenin Suhaimi berkata, ia merupakan PPS kedua dibuka selepas PPS SMK Changlun yang beroperasi sejak malam tadi.

“Jumlah mangsa di PPS SMK Changlun terus menunjukkan peningkatan yang mana sehingga pukul 4 petang ini, seramai 150 mangsa daripada 43 keluarga dipindahkan ke situ,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kesemua mangsa yang dipindahkan ke dua PPS itu terdiri daripada 93 individu dewasa, 52 kanak-kanak, 19 warga emas serta masing-masing seorang bayi dan orang kelainan upaya (OKU).

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS SMK Changlun meningkat kepada 123 orang daripada 36 keluarga sehingga pukul 12 tengah hari tadi.

Banjir melanda sekitar Changlun termasuk Pekan Changlun, Kampung Paya Nong Mi, Kampung Nangmah dan Taman Sayang akibat hujan berpanjangan sejak petang semalam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2023/09 ... sa-banjir-changlun/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:12 PM GMT+8 , Processed in 0.041382 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list