CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3161|Reply: 0

[Pulau Pinang] Nelayan kecewa kerja tambak laut bina Pulau Silikon sudah mula

[Copy link]
Post time 26-9-2023 05:23 PM | Show all posts |Read mode

Kapal pengorek pasir yang kelihatan berada di kawasan Permatang Damar Laut dipercayai untuk kerja-kerja awal penambakan. (Gambar kecil: Roslizan)



BAYAN LEPAS - Nelayan di selatan negeri ini kecewa apabila kerja penambakan laut untuk pembinaan Pulau Silikon di kawasan tersebut telah bermula sejak 1 September lalu.

Kerja penambakan itu merupakan langkah pertama bagi Projek Pulau Pinang Selatan (PSI) di Permatang Damar Laut, di sini.

Ketua Unit Nelayan Teluk Kumbar, Roslizan Ramli berkata, nelayan-nelayan di kawasan berkenaan yang terkesan dengan projek berkenaan kini hilang semangat untuk turun ke laut untuk menangkap hasil laut.

"Kami amat kecewa dengan kerajaan negeri kerana telah memulakan kerja penambakan di kawasan berkenaan walaupun nelayan sudah mengemukakan rayuan di Lembaga Rayuan Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 11 April lalu berhubung kelulusan laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

"Sehingga kini, belum ada keputusan. Sepatutnya kerajaan negeri tunggu dahulu keputusan rayuan sebelum memulakan kerja awal di tapak projek.

"Kami nak turun laut pun dah tak semangat, tak ada sangat-sangat. Sekarang ini, nak buat apa pun tak tahu. Bila tengok ada dua buah kapal korek di laut, lagi lah hilang semangat," katanya ketika ditemui di sini pada Selasa.

Difahamkan, sejak 3 September lalu, dua buah kapal pengorek pasir telah berada di kawasan perairan berkenaan untuk melaksanakan kerja-kerja awal penambakan.

Tambah Roslizan, kapal pengorek pasir itu dilihat berada di kawasan perairan Teluk Tempoyak dan pukat nelayan sudah tidak boleh dilabuhkan di kawasan perairan berkenaan.



    "Komuniti nelayan amat tertekan sekarang kerana merasakan perjuangan mereka tidak diendahkan kerajaan negeri yang tetap mahu meneruskan projek PSI ini.

"Nelayan dah tak bebas untuk melabuhkan pukat nak tangkap ikan sebab kapal pengorek ada di sana. Bagaimanapun, setakat ini udang masih banyak, cuma air mula keruh sedikit. Saya pun tidak tahu masa depan kami," katanya.

Sebelum ini, kerajaan Pulau Pinang mengumumkan Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) bagi projek Pulau Silikon telah memperoleh kelulusan rasmi daripada JAS Pulau Pinang pada 21 Julai lalu.

Kelulusan itu adalah susulan daripada kelulusan Laporan EIA bagi Projek PSI yang telah diberi kelulusan dengan 71 syarat oleh JAS pusat melalui surat bertarikh 11 April 2023.

Dengan kelulusan daripada agensi-agensi terlibat, kerja-kerja persediaan awalan tambakan bagi projek akan dimulakan pada 1 September lalu dan diteruskan sehingga kerja-kerja berkaitan disiapkan.

https://www.sinarharian.com.my/a ... -silikon-sudah-mula

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083062 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list