CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2506|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang mahu projek RMK-12 dilaksana dalam belanjawan tahun depan

[Copy link]
Post time 26-9-2023 03:51 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Pinang mahu Kerajaan Persekutuan menyediakan dana untuk membina LRT. - Foto BH

GEORGETOWN: Pulau Pinang berharap agar semua senarai projek kerajaan negeri dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12) dapat dilaksanakan dalam Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan pada 13 Oktober ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, berkata terdapat beberapa projek pembangunan melibatkan negeri yang sudah diluluskan di bawah RMKe-12.

"Kita tidak ada permintaan atau keperluan khusus tapi kita harap semua projek tersebut boleh dilaksanakan," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pembukaan Pejabat The GlobalFoundries Malaysia, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pulau Pinang berjaya mendapat kelulusan 75 projek baharu di bawah RMKe-12 membabitkan peruntukan berjumlah RM54.14 juta.



Kelulusan 75 projek ini sebahagian daripada 126 projek yang dimohon oleh Kerajaan Pulau Pinang di bawah peruntukan Rolling Plan Ketiga RMKe-12.

Selain itu, Kerajaan Persekutuan juga akan menyediakan skim dalam jumlah dana yang besar dan mencukupi kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan segera projek Transit Aliran Ringan (LRT). – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... am-belanjawan-tahun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.047245 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list